Kamis, 22 Januari 2009

Kitab PERUBATAN JAWI HPA

KITAB PERUBATAN JAWI

SEJARAH
Perubatan Jawi telah dipelupuri oleh tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad namun bagitu perkataan Jawi diambil daripada nama tempat kelahirannya iaitu JEJAWI ,satu daerah dinegeri Perlis,utara Malaysia Barat.Negeri Perlis ini terletak bersempadan dengan Thailand menyebabkan sedikit sebanyak perubatan jawi dipengaruhi oleh pengaruh negara tersebut. Tuan Haji Ismail mendapat bimbingan terus daripada bapa saudaranya Hj Mat bin Hussin yang merupakan pengamal perubatan herba yang terkenal..Hj Ismail juga merupakan graduan Universisi Pertanian Malaysia dalam bidang Agriculture.Hasil kunjungan ,latihan serta krusus-krusus dalam dan luar negara kini beliau telah berjaya meujudkan satu seni pengubatan yang mujarab dikenali sebagai
PERUBATAN JAWI.

Perubatan Tradisional Al Wahida
Hj Ismail telah berkahwin dengan Hajah Norhayati pada tahun 1986 dan sejak dari tahun itulah perubatan jawi mula dikembangkan menggunakan pendaftaran Perubatan Tradisional Al-wahida yang beralamat di no 27,Batu Satu ,Jln Mata Ayer,Perlis.
Kejayaan kaedah pengubatan ini telah diakui oleh ribuan pengguna yang pernah mencuba dan akhirnya sebuah institute Latihan Herba ditubuhkan yang dikenali sebagai INTIBAH bagi merealisasikan Pengubatan Jawi di tengah masyarakat.


Sumber.
Perubatan Jawi mengenengahkan seni penyembuhan (the art of healing)menggunakan dua sumber iaitu

a.Sumber ilahiah
Memberikan keyakinan bahawa hakikat penyembuhan
Itu daripada Allah yang bersifat as-Shafi .Pesakit juga didekatkan dengan Allah melalui nasihat dan panduan
Beribadat dengan betul serta menjauhi sifat-sifat mazmumah.

b.Sumber alamiah
Penggunaan herba-herba yang terpilih mengikut displin herba yang teratur.Sejarah mencatatkan
Herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berkurun-kurun yang lalu dan dianggarkan lebih daripada 20,000 spesis herba telah digunakan diseluruh dunia.

i.Definasi herba ubatan
Herba dihubungkaitkan dengan tumbuhan yang tidak berkayu tetapi masakini perkataan herba ubatan telah merujuk kepada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan terapeutik seperti pegaga,mempelas,pokok halban dll.




Fahaman Herbalisma
Pengambilan herba sebagai makanan yang dapat menyempurnakan diet sehari-harian disamping itu herba juga menolong mengembalikan keharmonian tubuh akibat daripada belakunya ganguan disebabkan factor pemakanan,alam sekitar dan tekanan-tekanan yang ujud.
Fahaman Herbalisma menyatakan “biarkan makananmu menjadi ubat dan ubat menjadi makananmu”

Rukun Penyembuhan
Seorang pesakit perlu di bimbing bagi memenuhi
Semua rukun-rukun penyembuhan untuk mendapat
kesan paling optima daripada khasiat herba yang
diambil.Rukun penyembuhan ialah:-

1. Keyakinan
Keyakinan merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu.Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalam yang amat penting bagi membantu mengembalikan system imuniti tubuh.Mengambil herba dalam keadaan tidak yakin merupakan usaha yang sia-sia.

2.Amalan berterusan
Istiqamah dan kesabaran menantikan tubuh yang sedang melakukan pembaikan dalam keseluruhan tubuh (total healing).Apabila kita menyedari bahawa punca penyakit datang daripada makanan harian yang mengandungi toksid maka sudah semestinya mengambil herba menjadi pekara rutin dalam kehidupan setiap hari.Penyakit timbul setelah sekian lama ganguan organ belaku.Bagitu juga ubat memerlukan tempoh lama untuk program membaikpulih sel-sel yang telah rosak.

3. Munculnya krisis kesembuhan (Healing crisis)
Ujud tanda-tanda menunjukan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai DOC(Direction Of Cure)
i. Bertambah keluar penyakit
Sering kita bertemu apabila sesaorang menggunakan herba belaku healing krisis ini dimana nampak semakin bertambah banyak penyakit yang keluar seperti perempuan yang ada keputihan,jerawat dan lain-lain lagi.

ii. Berpindah penyakit daripada bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga biasa melihat perubahan bagi sesetengah penyakit seperti orang yang ada athma apabila mula mengamalkan herba mula menunjukan gatal-gatal dikulit.




iii. Terasa sakit seperti dibahagian pinggang dan tapak kaki
Sistem saraf mempengaruhi keadaan ini dimana kesakitan akan terasa seolah-olah berpindah turun kebawah terutama dikawasan pinggang dan langsung ketapak kaki.Tapak kaki pula dihubungkan dengan kawasan refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.
.
iv. Mengulangi sejarah kesakitan
Pengulangan simtom yang tidak disedari telah keluar disuatu masa dahulu.Lihat carta A.

4. Dosis yang mencukupi.
Berdasarkan berat badan 10 kg bersamaan 1 gram
Jumlah penggunaan ialah termasuk semua herba yang telah disinergikan..


Memahami kenapa belakunya penyakit
Belakunya penyakit ialah kerana tubuh berada dalam keadaan lemah system imunitinya dimana tubuh terdedah kepada serangan luar seperti bacteria,virus,patogen dan sebab tekanan
Persekitaran.Lemahnya system imuniti disebabkan 4 punca iaitu:-
1. toxin – keracunan
Apabila tubuh tidak mendapat bekalan nutrient yang mencukupi dan pada masa yang sama pengambilan berlebihan bahan-bahan berunsur kimia seperti bahan pewarna,bahan pengawit dan lainnya yang tidak diperlukan oleh tubuh seterusnya berkumpul dan merosakkan sel-sel tubuh apabila tidak dapat disingkirkan oleh tubuh.Disinilah belakunya kelemahann system imuniti yang menyebabkan tubuh tidak dapat bertahan apabila diserang oleh kuman.
2. kecelaruan suhu
Hilangnya suhu badan atau bertambahnya suhu disebabkan system pengeluaran urin yang bermasalah.Lebih terfokos kepada kepada melakukan cleansing di ginjal.Kebiasaannya dari ganguan ubatan kimia (drug)
3. kecelaruan angin
Masalah autointoksikasi didalam usus besar dan kemusnahan bacteria berguna serta kekurangan enzim tubuh.
4. kecelaruan fikiran
Tindakan kelenjar pituitary gland yang mengarahkan semua kelenjar hormone bertindak hasil daripada tindakan tekanan yang berterusan.

Tujuan perawatan
Kita percaya penyakit bukan disebabkan oleh kuman,virus,bacteria dan lain-lain microbial tetapi daripada lemahnya system imuniti.Disease couse germs not germs couse Disease”.Akibat daripada belakunya “Dis-ease” ganguan keseimbangan system imuniti akan berada pada tahap rendah dan kuman mulai menyerang.
Pengambilan herba ialah untuk mengembalikan keharmonian tubuh dimana seluruh tubuh berfungsi semula terutamanya system imuniti.

Pengubatan yang menyeluruh (total health healing)
Pengobatan dimulai dengan pendekatan kerohanian
Untuk mengembalikan tenaga dalam (vital forse) dan diiringi dengan herba-herba terpilih.



Keseimbangan tubuh
Dalam keadaan sihat seorang individu itu berada dalam keadaan cukup harmoni rohani dan jasmaninya .Bebas daripada pencemaran aqidah dan pencemaran kimia tubuh.Belakunya ketidakseimbangan disebabkan factor-faktor makanan,minuman,pengudaraan serta tekanan fikiran yang berpanjangan.

Menentukan kekuatan tenaga dalaman melalui suara dan pandangan mata.
1.Tenaga dalaman yang kuat
- suara bertenaga dan bersemangat tinggi untuk
sembuh
- pandangan matanya kehadapan dan kuat
- selalu menginginkan penjelasan yang terperinci
- pemikiran positif

2. Tenaga dalaman yang sederhana.
- suara lebih kepada minta simpati dan ketakutan
- pandangan sering kebawah
- pelahan
- kadangkala menangis ketika mengadu

3. Tenaga Dalaman yang lemah
- suara lesu dan tidak ada harapan
- pandangannya tidak terfokos dan terawang-awang
- pertemuan dengan perawat bukan dari kemahuannya sendiri.

. Pengambilan herba akan membantu 4 proses utama:

1. Release (detox)
Melalui pengambilan herba belakunya proses penyingkiran toksin yang dikenali sebagai “detoxifikasi”.Himpunan toxin dilepaskan melalui pembuangan air besar,urin dan pepeluhan.

2. Rest (rehat)
Herba yang mengandungi bahan-bahan tertentu merangsangkan pengeluaran melatonin bagi mendapatkan saat-saat kerehatan yang berkualiti.

3. Regenaration
Melakukan pemulihan kepada system tubuh yang
Lemah dan tergangu.

4. Refunction
Pengambilan herba yang betul dan berterusan akan mengembalikan peranan organ-organ tubuh.



Sebab-sebab herba tidak berkesan.

1. Masalah “mind set”
Dalam keadaan terpaksa dan ragu-ragu menjadikan seorang pesakit sukar diubati.Ini dikuti dengan pengambilan yang tidak berterusan dan tidak mengikut displin herba.

2.Tekanan atau stress
Stress yang berpanjangan akan menyebabkan tubuh mengeluarkan kimia tertentu yang menghalang penyerapan
dan tindakan ubatan herba.

3.Pengambilan air yang tidak mencukupi.
Air yang kurang juga menyebabkan herba tidak boleh diserap dengan baik .Pastikan pesakit minum sekurang-kurang 2 liter air lebih sehari terutama
apabila pengambilan herba diuretic.

4. Pengambilan yang tidak berterusan
Sesetengah herba mempunyai tindakan yang agak lambat dan memerlukan tempoh masa untuk melakukan proses pemulihan.Pesakit perlu bersabar
Menunggu sehingga kesembuhan terjadi.

5. Pengikatan dan pembuangan
Cara pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan bersama-sama ubat lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan
dan terus disingkirkan dari tubuh.

6. Dosis yang tidak mencukupi
Dosis yang mencukupi akan memberi beberapa isyarat kepada tubuh seperti peningkatan suhu badan dan segal-segal tubuh.Ini menunjukan tindakbalas herba yang mencukupi keperluan tubuh.Bererti jika sesaorang itu mengambil herba dan tidak menunjukkan sebarang riaksi tubuh bererti dos masih tidak mencukupi.

Ubatan Herba
Penggunaan herba sebagai ubatan untuk sesuatu rawatan penyakit dirujuk kepada 4 aspek utama:-

1. Keberkesanan
Keberkesanan herba bermula dari pemilihan herba,waktu pengambilan dan pemerosesannya.
Herba yang diambil dari tanah yang berbeza juga memberikan hasil yang berbeza walaupun daripada satu sepsis herba yang sama.Masa pengutipan herba ialah:-
a. Daun - sewaktu tanaman berbungan dan sebelum buah masak.
b. Bunga – sebelum atau segera setelah mekar
c. Buah – dipetrik dalam keadaan tua
d. Biji - Biji dari buah yang masak sempurna
e. Akar,rimpang dan ubi - dikumpul sewaktu proses tumbuhan tersebut berhenti




2. Cara penggunaannya
Persediaan herba HPA dalam bentuk-bentuk yang tertentu iaitu:-
1. Rebusan – persedian herba yang terbaik dalam 2 bentuk rebusan mengikut tujuan.
Air rebusan – dipanaskan hingga mendidih 45 minit
Pati rebusan – dipanaskan selama 4 jam.
Atau
Di didihkan hingga bakinya tinggal separuh air
yang disediakan.
HPA menyediakan dalam dua bentuk iaitu ubat periuk dan bentuk cecair(liquid) seperti ubat periuk Lohard ,tonik tenaga hayat dll.

3. Kapsul – Di masukkan dalam kapsul samada daripada bentuk serbuk terus ataupun abstrak.Sebahagian besar
produk HPA disediakan dalam bentuk ini.

4. Tablet – dijadikan tablet menggunakan bahan pelekat contuhnya tablet susu kambing.

5. Uncang tea – disediakan dalam bentuk sachets tea contuhnya tea herba dan tea Asiatica.

6. Minyak dan balsam – untuk kegunaan luar seperti Minyak but-but,Bam but-but.




3.Cara tindakan
Sesetengah herba berkesan diambil secara tunggal manakala yang lain pula perlu disinergikan.HPA banyak menggunakan peserdiaan herba dalam bentuk “sinergistik herb”.Pada prinsipnya herba diambil sebelum makan tetapi dalam keadaan tertentu ianya diambil selepas makan.

4. Sinergi .
Tujuan sinergi ialah untuk menguatkan tindakan herba dan menghilangkan kesan sampingan.Secara umumnya sinergi herba disediakan bagini:-
1. bahan utama
2. bahan untuk menghilangkan kekerasan ubat
3. bahan untuk mempercepatkan keberkesanan
4. bahan untuk menghilangkan keracunan

Keselamatan produk herba.
Setiap produk herba yang hendak dipasarkan terlebih dahulu dipastikan selamat digunakan oleh pesakit untuk jangkamasa panjang.Ia perlu melepasi ujian-ujian seperti berikut:-
1. Ujian Mikrob
Had mikrob tidak melebihi 10 (Total Mikrobial Count.(CFU/GM)
CFU = Coloni forming Unit
4 jenis patogen yang langsung tidak dibenarkan ujud ialah E-coli,salmonella,staphylococos aureus dan pseudomonas aeruginosa.
E-coli menyebabkan ceret beret
Salmonella menyebabkan taun dan kepialu
Staphylococcus menyebabkan bisol.

2. Ujian Logam berat
Produk yang dikeluarkan juga wajib bebas daripada logam-logam berat.

a. Arsenik 5ppm
b. Lead 10ppm
c. Mercury 0.5ppm


3. Ujian kelarutan
Bagi memastikan produk tersebut larut dalam system pencernaan manusia.Produk dalam bentuk kapsul mestilah kurang daripada 30 minit.

Dalam buku ini akan dijelaskan pengalaman-pengalaman
Disepanjang perawatan menggunakan kaedah perubatan jawi buat pencinta-pencinta perubatan alamiah.
Buku ini akan dikeluarkan secara bersiri.

Sabtu, 03 Januari 2009

Pelatihan Medis Herbalis


Assalamu'alaikum


InsyaAlloh akan diadakan Pelatihan Medis herbalis dibatam

pada tanggal 9 s/d 28 feb 2009, lihat brosur yg diatas

terimakasih atas perhatiannya

Wassalam