Kamis, 19 Maret 2009

Hikmah hari Ini

Sabda Rasulullah saw :
Ketika seorang berjalan di sebuah jalan, dan menemukan batang berduri di
jalan itu, lalu ia menyingkirkannya, maka Allah berterimakasih padanya dan
mengampuni dosa dosanya. Lalu beliau saw bersabda : Syuhada adalah lima
kelompok, orang yg wafat terkena wabah Thaa’un, orang yg wafat terkena sakit
perut, orang yg wafat tenggelam, orang yg wafat tertimpa rerobohan, dan
orang yg berperang di Jalan Allah. Dan beliau saw bersabda : Kalau saja
orang itu tahu kemuliaan yg ada di shaf pertama, lalu mereka tak
mendapatkannya kecuali harus dg diundi, maka mereka akan melakukannya, kalau
saja mereka itu tahu kemuliaannya mendatangi shalat dhuhur saat terik
matahari, niscaya mereka akan berlomba melakukannya, kalau saja mereka itu
tahu anugerah yg ada pada shalat Isya dan subuh berjamaah, niscaya mereka
akan datang melakukannya walau dg merangkak” (Shahih Bukhari)
by fidani ahmad

Rabu, 18 Maret 2009

Anak anak yang pendiam (ADD)


Anak-anak yang pendiam boleh berubah menjadi ceria setelah mengambil omega 3 kapsul berterusan selama 40 hari.Omega 3 meningkatkan hormon yang boleh mencetuskan keriangan,keberanian dan keyakinan dan omega ini kedapatan dalam beberapa jenis ikan seperti ikan Tenggiri Biru (yang digunakan oleh HPA)

Ikan juga merupakan salah satu makanan mengikut Sunnah Nabi Saw yang mana kelebihanya banyak sekali.Nabi melarang ikan di ambil bersama susu.Omega 3 juga dapat dihasilkan dari dalam tubuh sesaorang lebih lebihlagi disaat dia sedang berpuasa.

Air susu ibu juga mengandungi omega 3 yang mempengaruhi perasaan anak.Ibu yang sedang menyusu anak dicadangkan pengambilan spirumadu bagi menghasilkan kualiti susu yang tinggi dan mengelakan anak dari menjadi seorang pendiam.InsyaAllah.
by fidani ahmad

Senin, 16 Maret 2009

VCO (Virgin Coconut Oil)

Minyak kelapa asli termasuk didalam kumpulan asid lemak rantai sedang yang mudah diserap oleh usus. Minyak kelapa merupakan antibiotik alami yang kuat kerana ia mengandungi asid laurat yang bertindak kepada kuman, virus dan mikroorganisma.by fidani ahmad

LARANGAN KENCING DI DALAM LUBANG

Hadith Qatadah. Sumber Abdullah Bin Sirjis. Rasulallah S.A.W melarang membuang air kecil didalam lubang; mereka bertanya kepada Qatadah; “mengapa dilarang untuk membuang air kecil di dalam lubang” lalu ia menjawab sebab ia tempat kediaman jin. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dauddan dikatakan sahih oleh Ibnu Huzaimah).
by fidani ahmad

Psikologi Orang

PERSONALITI
- Anda dapat mempelajari watak seseorang daripada suaranya:
1. Gerakan tangan tidak sama dengan suara bererti sedang menutup sesuatu
2. Nada tinggi dan berulang-ulang tandanya sedang berbohong
3. Terlalu ramah bererti sesuatu akan akan terjadi (mempunyai maksud yang tersirat)
by fidani ahmad

Bahaya Vit -A sintetis

KELEBIHAN VITAMIN A SINTETIK
- Dalam satu kajian di Sweden kepada 2300 orang lelaki yang mengambil kelebihan vitamin A setiap hari akan mengalami 2-3 kali ganda patah tulang selepas berumur 30 tahun. Dicadangkan pengambillan vitamin A dari tumbuh-tumbuhan seperti karOt (wOrtel), bayam dan mangga.
- Vitamin A sintetik akan menyebabkan sakit kepala, rambut gugur, sengal sendi, tulang cepat reput, kulit sisik dan cepat lelah.
by fidani ahmad

HIPERTIROID

TANDA-TANDA HIPERTIROID
- Gelisah, gugup, mudah tersinggung, cepat letih, menurunkan berat badan, tidak tahan dengan cuaca panas, keringat berlebihan dan terburu-buru
by fidani ahmad

KOPI.....Spesial Radix

Mengandungi polifinol yang dapat mencegah kanser usus dan menurunkan asid hempedu. Dimana asid hempedu ini dapat meninggikan zat-zat karsinogenik. Disamping itu ia dapat mencegah batu ginjal.
- Menurut Joanne E Manson MD. daripada Harvard Medical School menyatakan pengambilan kopi dari 3 hingga 4 cawan kecil sehari dapat membantu penderita pesakit kencing manis peringkat kedua (type 2). Ini kerana kopi mengandungi magnesium dan kandungan antioksidan yang tinggi. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit Kanser, Arthritis dan Parkinson.( Apalagi Kopi Radix yag ada sinergi 7 Herbanya....
by fidani ahmad

HYPERTHERMIA

Adalah satu kaedah merendam kaki di dalam air panas dengan suhu 38.5˚c - 42˚c selama 20 minit bagi tujuan menstimulatekan perjalanan darah. Ianya dilakukan 15 kali dalam masa 3 minggu didapati baik bagi penyakit yang berpunca daripada virus. Kaedah ini dikenali sebagai hipertermia.by fidani ahmad

Deep SLEEPING

Tidur nyenyak dapat menurunkan suhu dan memulihkan energi. Selain daripada itu ia merangsang terbentuknya senyawa protein – karbohidrat yang dikenali sebagai interleukin yang dapat mengatur kekebalan dan membunuh sel tumor.by fidani ahmad

OTAK BAWAH SADAR

- Menurut satu kajian tentang otak dibawah sedar; kegelisahan, kekhuatiran, pemarah serta ketakutan dapat menghalang fungsi kekebalan tubuh.
by fidani ahmad

HEPATITIS lagi..

Penyakit hepatitis biasa diobati dengan menggunakan buah timun kerana ia mengandung ‘kukurbitasin c’. Kandungan bahan ini juga dapat meningkatkan system kekebalan tubuh.
by fidani ahmad

Senin, 02 Maret 2009

Khasiat Labu dan kumis kucing


Labu dan kesihatan
Salah satu daripada buah yang disukai oleh Rasullulah S.A.W ialah Labu.Dalam sebuah hadis Shahih Bukhari-Muslim yang diriwayatkan oleh Anas bin malik RA:
“Bahawasanya ada seorang penjahit mengundang Rasullulah SAW untuk (menikmati)menikmati makanan yang telah dibuatnya.”Maka aku pergi bersama Rasullulah S.A.W . Orang itu kemudian menghidangkan kepada beliau roti dari jelai,sayur labu dan dendeng “.Anas berkata “ aku melihat
Rasullullah S.A.W memperhatikan labu itu dengan seksama.Maka sejak hari itu aku selalu menyukai labu”
Dari sebuah hadis yang lain Aishah berkata “Rasullualah SAW pernah bersabda kepadaku,
“Hai Aishah,kalau kami memasak (isi) panci,maka perbanyakanlah labu kerana labu itu meneguhkan hati orang yang bersedih”
Tedapat beberapa jenis labu yang telah dikenalpasti khasiatnya seperti labu botol (Lagenaria siceraria) Labu merah (Cucurbita moschata) dan Labu siam (Sechium edule).Kesemua labu ini daripada keluarga Cucubitaceae.
Ternyata dalam kajian mendapati labu mengandungi vitamin A,B dan C.Vitamin C sering digunakan sebagai vitamin yang meredakan tekanan.Dalam labu kuning mengandungi asid lenoelik,asid oleic,asid palmitik,asid stearik,beta karoten,gliserolfosfat asiltransferas,glukosa,fructose,sucrose,karotenoid,kukurbitasin,kukurbitin,lipoxigenas,vitamin A,B1,B 2,niasin,vitamin c,besi,fosforos,kalsium dan magnesium.
Buah labu boleh digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Pokok Misai kucing

Pokok misai kucing (orthosiphon spicatus) berkhasiat untuk memecahkan batu dalam hempedu.Daunnya mempunyai alkaloid,saponin,flavonoid dan saponin.Ambil 25 gram daun segar direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit,diminum sehari 2 kali/setengah gelas atau
Minum 1 sudu minyak zaitun bersama air dari perahan ½ limau nipis dan dicampurkan 200 cc air panas dan minum setiap malam.

Bebas dari TV

Kita sedia mengetahui salah satu sebab penyakit ialah belakunya gangguan medan electromagnet yang berpusat di otak.Gangguan MEM menyebabkan tidur tidak berkualiti dan menyebabkan aliran darah tidak lancar.Pastikan tempat tidur pesakit bebas daripada gangguan medan electromagnet seperti television,handphone,computer dan alat alat lain yang mempengaruhi MEM.
Kita selalu bertemu keadaan pesakit tidur dihadapan television.Ini mengakibatkan penyakit menjadi lambat sembuh .Pastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti.

Virgin coconut Oil
Minyak kelapa asli termasuk didalam kumpulan asid lemak rantai sedang yang mudah diserap oleh usus. Minyak kelapa merupakan antibiotik alami yang kuat kerana ia mengandungi asid laurat yang bertindak kepada kuman, virus dan mikroorganisma.Apa yang menarik minyak ini yang dahulunyanya dikatakan mengandungi kolesterol yang tinggi sebenarnya mampu menghilangkan kolesterol jika diambil 4 sudu makan setiap hari selama 40 hari.Kajian telah dilakukan mendapati minyak ini mampu menghilangkan plak pada dinding arteri yang menyebabkan arterioskelerosis.

Patawali dan Vitex.
Salah satu herba yang digunakan dalam menurunkankan tekanan darah tinggi ialah pokok patawali(Tinospora crispa).Pokok ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai palmatin.Ianya disinergikan dengan beberapa herba lain dan dijual atas produk Vitex.Namun bagitu herba-herba untuk darah tinggi akan lebih berkesan sekiranya disinergikan dengan herba diuretic seperti produk Malac.Tindakan diuretic seperti pokok lalang juga bertindak sebagai antihipertensi.Namun bagitu jika belaku darah tinggi kerana kesukaran tidur agak lebih berkesan menggunakan mengkudu dan malac. Bahan pahit didalam herba adalah untuk meningkatkan penghadaman dan penyerapan.

Daun kari
Daun Kari (Murraya koenigil) dapat digunakan bagi melambatkan pemecahan kanji sekali gus mengawal bekalan glukosa kepada pesakit kencing manis.Ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Penyelidik Britain dijabatan farmasi di King College,London.Kajian ini juga menemui daun ini dapat digunakan untuk pesakit kanser paru-paru.Daun kari mengandungi 710 mg kalsium/100gm juga digunakan untuk perawatan osteoporisis.Namun oleh kerana kandungan oksalik asidnya sebanyak 375 mg/100 gm,kalsium hanya dapat diambil disekitar 585mg/100g.Dalam pengubatan jawi daun kari boleh dijadikan ubat yang mujarab untuk sakit gaut dengan di campurkan 100 gm daun kari dengan 100 gm pokok malu-malu (Mimosa pudica) dan direbus hingga mendidih,diminum 3 kali sehari.Daun kari juga digunakan untuk mengurangkan alahan mengandung dibulan bulan pertama dengan dicampurkan perahan airnya dengan satu sudu teh air limau nipis dan sedikit gula.Daun yang bewarna hijau gelap seperti ubi kayu, papaya (betik), bronkoli dan bayam mengandungi kalsium yang lebih tinggi.

Bersambung....

Semoga dengan perbincangan diatas memberi gambaran yang luas kepada para pengedar HPA untuk menjadi herbalis muslim di abad ini.Wahai Tuhan kami Kurniakanlah pada kami ilmu yang bermanafaat buat kami,keluarga kami dan mereka yang bersama-sama kami.Suburkanlah cahaya makrifatmu dihati kami sehingga kami benar-benar meyakini kesembuhan yang sebenarnya datang daripadamu.
by fidani ahmad


Hepatitis A,B,C,D dan E.
Belakunya hepatitis ini kerana factor suhu yang tinggi yang menyebabkan belakunya peradangan. suhu yang terlampau tinggi kerana lemahnya daya tahan tubuh mengakibatkan virus berupaya
Menjangkiti hati.Selain daripada virus pengambilan alcohol dan ubatan dadah juga menyebabkan gangguan hepatitis.Dari segi mendiagnosis penyakit gangguan dihati dapat dilihat pada warna mata yang menjadi kuning.
Penyakit hepatitis ini boleh diubati dengan menggunakan buah timun .Buah timun merupakan herba yang bersifat sejuk yang dapat meredakan peradangan dan meningkatkan kembali system kekebalan tubuh.Bahan yang terkandung dalam buah timun dikenali sebagai ‘kukurbitasin c.
Dalam pengubatan jawi kita akan membetulkan gangguan hepatitis dengan pengambilan Centella Asiatica(the herba) dan ikan tenggiri biruhttp://www.blogger.com/img/blank.gif( Omega 3)

Hyperthermia
Adalah satu kaedah pengubatan dengan merendam tubuh atau kaki di dalam air garam panas pada kadar suhu 38.5˚c - 42˚c selama 20 minit .Bilas dengan air biasa hingga bersih.

Asam Jawa pengimbang suhu.
Nama sains Asam Jawa ialah Tamarindus indica daripada keluarga fabaceae.Jus buah asam diminum untuk menyejukan badan dan memperbaiki system penghadaman.Teras batang digunakan sebagai ramuan bagi mengubati masalahhttp://www.blogger.com/img/blank.gif hati,hilang selera makan dan sembelit. Buah asam jawa pula mempunyai kesan anti peradangan yang dapat digunakan untuk barah gusi, rawatan penyakit seperti sakit kerongkong, batuk, lemah badan, sembelit dan peradangan payudara. Dalam menghilangkan masalah peradangan gusi,kaedah yang digunakan ialah melakukan balancing/perimbangan panas dan sejuk.Buah Asam bersifat sejuk/dingin di campur dengan kapur makan yang bersifat panas kemudian sapu pada kawasan peradangan.


Pokok Johar (juak)untuk penyakit kaki gajah.
Nama saintifik pokok ini ialah Cassia siamea Lamk dari keluarga laguminasae. Daunnya sering dijadikan ubat malaria, demam, paru-paru dan jantung. Akarnya digunakan untuk penyakit Kaki Gajah.


Bayam dan health b

Semua makhluk hidup memerlukan tenaga.Tetapi tahukan anda bahawa semua benda hidup bergantung kepada tenaga matahari.Tumbuhan hijau sahaja yang boleh menukarkan tenaga matahari menjadi bahan-bahan bertenaga tinggi yang dikenali sebagai karbohidrat,lemak dan protein. Apabila anda mengambil herba bererti anda telah menggunakan tenaga simpanan dalam tumbuh-tubuhan dan dipindahkan kedalam tubuh.
Satu kajian dipusat kejuruteraan biomedik di Institute Teknologi Massachusetts Shuguang Zhang membuktikan bayam bukan sahaja memberi tenaga tetapi mampu mengeluarkan tenaga letrik. Protein bayam yang telah diceraikan akan mengeluarkan tenaga apabila terkena cahaya matahari.
Matlamat pengubatan ialah bagi mendapatkan kembali tenaga untuk melakukan pengimbangan dalam tubuh.
by fidani ahmad

Bersihin usus...


Kolon cleansing
Program yang kedua untuk membuang keracunan ialah dengan menggunakan herba yang bertindak sebagai pencuci kolon(usus besar).Para herbalis percaya banyak keracunan belaku dalam tubuh akibat daripada kolon yang bermasalah.Apabila kotoran tidak dapat dikeluarkan ia akan mengeluarkan toksid dan diserap kedalam aliran darah.Herba bertindak sebagai pelawas.Bukan kesemua herba akan memberikan kesan lawas untuk semua jenis pesakit.Herba-herba yang bertindak sebagai pelawas mengandungi serat yang tinggi.Beberapa contuh herba yang bertindak sebagai pelawas seperti:-
Mengkudu
Kangkong
Lidah buaya
Halia
Spirulina
Apabila masyarakat mengetahui kepentingan melakukan kolon cleansing maka berbagai jenis herba telah digunakan.Antara jenis bahan herba yang digunakan ialah seperti psylium Husks, bran,grains dan dari jenis legumes.Herba herba ini merupakan makanan yang tinggi dengan gentian dan dapat digunakan untuk mengubati poket bowel.Bran contuhnya dapat menyerap air lebih daripada 10 kali beratnya sendiri dan menjadikan najis lembut dan mudah dikeluarkan.Namun bagitu perlu disedarkan bahawa jenis-jenis dedak ini bertindak sebagai phytate yang menyekat pengambilan mineral seperti calsium,magnesium,iron dan zink.Tubuh akan menjadi lemah dan juga mengakibat pesakit ptyroid menjadi semakin parah.


Demam.

Demam adalah suatu keadaan yang baik kerana ia menunjukan tindakbalas tubuh dengan serangan kuman.Kenaikan suhu 0.8 darjah Celsius akan meningkatkan kecekapan metabolisma tubuh 10 peratus.Sel-sel imuniti akan pantas bergerak ditempat serangan.Apabila demam berpanjangan,bererti tubuh memberi isyarat bahawa daya tahannya masih tidak berupaya mengalahkan serangan kuman.Dalam masa yang sama tubuh memerlukan oksigen,makanan,mineral dan air yang lebih.Suhu yang tinggi ini juga meningkatkan kerja jantung dan ginjal.Jika suhu melebihi 40 darjah ia akan menyebabkan belakunya hyperthermia.Peningkatan suhu yang berlebihan juga akan melemahkan daya tahan tubuh.
Bagi menurunkan suhu badan, penawar alami yang sering digunakan ialah dengan pengkaedahan menjaram(compress)di bahagian kepala.Penggunaan beberapa jenis daun seperti daun bunga cina/kaca piring,daun rambutan,daun durian,daun melati dan daun bunga raya sangat berkesan.Daunnya terlebih dahulu di ramas dalam air kemudian dibasahkan dikepala.Selepas diulangi beberapa kali ,insyalah suhu badan akan kembali normal.

c. Demam (dingin)

Dalam keadaan suhu terlalu rendah pula menyebabkan peredaran darah terganggu dan proses detoxifikasi menjadi lambat.Herba yang diberikan hendaklah yang bersifat panas gabungan antara ikan dan herba.Madu juga sangat diperlukan bagi rawatan ini.

kaedah ini dilakukan 15 kali dalam masa 3 minggu. Kaedah ini didapati baik untuk menghilangkan tubuh bioplasmodik yang sangat kotor yang menyebabkan belakunya penyakit seperti kanser,leukemia,penyakit kelamin,radang sendi,kelumpuhan,lepra dan orang yang dalam keadaan stress.Ta bertujuan bagi memperbetulkan medan electromagnet. Rendaman tersebut boleh ditambah dengan pokok hempedu bumi (Andrograpis peniculata).


Fibromielgia

Fibromielgia merupakan gangguan kesihatan yang berpunca dari masalah suhu mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan hormon antara hipotalamus, puitutari dan adrenalin. Tanda-tandanya seperti sakit di tengkuk, pinggang,tekanan jiwa dan sukar tidur. Bagi membetulkan kembali keseimbangan MEM ini seorang pesakit perlu mendapat deep sleeping dengan menggunakan herba alami bukanya penggunaan ubat tidur yang bersifat kimia.
Produk Kapsul mengkudu sangat membantu bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membuka 3 kapsul mengkudu dan dikacau dalam air suam kemudian dimasukkan 3 titis madu lebah dan minum sejam sebelum tidur.Ia akan menyebabkan kelenjar pineal mengeluarkan melatonin yang mencukupi bagi tujuan tidur.Pengeluaran melatonin bemmula pada malam yang awal sebaiknya tidur selepas solat insyak.
Waktu tidur hendaklah awal bermula jam 9 malam bagi mendapat waktu-waktu awal pengeluaran melatonin.

Insomnia.

“Dan kami jadikan tidurmu itu untuk istirahat.Dan kami jadikan malam itu sebagai pakaian”
An Naba’ 9-10.
Tidur yang berkualiti atau deep sleeping dapat menurunkan suhu badan dan juga dapat memulihkan tenaga. Selain daripada itu, ianya merangsang terbentuknya senyawa protein – karbohidrat yang dikenali sebagai interleukin yang dapat membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan juga dapat membunuh sel-sel tumor. Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti?. Terdapat dua jenis herba yang digunakan dalam pengubatan Jawi iaitu dengan kaedah pengimbangan (balancing) asid-alkali (mengkudu – madu) dan juga penggunaan deep cleansing.
Kebiasaannya gangguan tidur adalah disebabkan oleh gangguan medan electromagnet(aura) yang dihasilkan daripada alatan yang mempunyai gelombang seperti tv, radio, handphone dll.
Dalam satu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa Epidemiology,satu pasukan Penyelidik di Institute Perubatan Alam Sekitar ins korolinska di Stockholm Sweden mendapati tumor yang dikenali sebagai akoustik neuroma barah sebelah kepala dimana telephon bimbit sering diletakkan meningkat 4 kali ganda.Akuastik adalah tumor yang tidak bersifat barah belaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalam telinga.
by fidani ahmad

DETOKSIFIKASI ala 3D



Detoxifikasi
Pengambilan herba yang utama adalah untuk program pembersihan yang dikenali sebagai “detoxifikasi”. Pernahkah anda membaca kisah seorang perempuan yang bernama Pam Clayton daripada
ada Urthlingborough Northamptonshire.Beliau mengalami masalah lemah ingatan, pelupa,rasa sakit ditangan dan kaki dan hampir lumpuh.Selepas melalui beberapa ujian beliau didapati mempunyai kadar mercuri yang sangat tinggi dalam tubuhnya.Mercuri tersebut berasal daripada tampalan gigi sewaktu kecilnya dan tampalan itu mulai bocor.Beliau mengalami kesembuhan setelah melakukan program detox.Hasil dari itu beliau telah menulis tentang bahayanya logam berat dalam tubuh.
Darimana datangnya kadar mercuri yang tinggi dalam darah bayi anak-anak autisme sedangkan darah bayi amat bersih daripada sebarang pencemaran logam berat?
Tahukah anda telah belaku satu anjakan yang menakutkan. Sepuluh tahun dahulu di Indonesia kadar anak-anak autisme 5000 : 1 tetapi hari ini kadarnya menjadi 500:1 .
Bayi tidak mempunyai Hempedu yang sempurna dan cukup untuk membawa keluar raksa dari tubuh bagi mengelakkan ia menghalangi fungsi buah pinggang. Vaksin Hepatitis-B mengandungi 12 mcg raksa iaitu lebih 30 kali ganda daripada tahap selamat bagi tubuh dan menyebabkan belakunya Autisme.
Menurut satu kajian terbaru mendapati antibiotiok mungkin menyebabkan peningkatan risiko membentuk kanser payu dara. Menurut Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) lagi wanita yang mengambil lebih daripada 25 preskripsi berdepan dengan resiko berganda,membentuk barah payudara dalam tempuh masa 17 tahun.
Bagi mengeluarkan mercuri dan apa jua logam berat dalam pengobatan Jawi mencadangkan penggunaan herba Chelation (dibaca:Kilation).Herba ini bertindak secara mengikat logam dan dikeluarkan melalui najis dan air kencing.Nama produk ini ialah “deep cleansing”
Bagaimana pula dengan virus Rubella yang dibiakkan melalui sel diploid manusia ( organ janin yang digugur atau dibedah) dan virus Polio dibiakkan dalam buah pinggang monyet.

Kelebihan detox(toxid,suhu dan angin)

- menormalkan PH pencernaan
- mengurangi beban enzim pancreas
- melancarkan cairan hempedu
- mengurangi lemak dan penyumbatan liver
- menghidupkan flora usus
- melancarkan pembuangan lendir
- membuang sumbatan usus
- merangsang peristaltik usus,
- membersih darah
- membersih saluran kencing
- mengembalikan keseimbangan cairan tubuh untuk peredaran cairan limphatik
- membuka liang-liang kulit
- mengeluarkan lendir daripada paru-paru.
- Kadangkala belaku pertambahan selera makan apabila melakukan program detoxifikasi namun bagitu ia tidak akan menaikkan berat badan kerana kadar metabolisma tubuh juga meningkat dan menukarkanya menjadi tenaga

Tindakbalas.(DOC)
- Demam atau flu
- Diare atau sembelit
- sakit otot dan sendi
- sakit kepala
- kembong dan mual-mual
- lesu
- keluar lendir
- gatal dan jerawat
- nafas berbau
- mudah dingin
- gangguan emosi
- menyebabkan rasa lapar dan selepas hari ketiga sudah tidak berasa apa-apa lagi.
by fidani ahmad

Khasiat herba sekitar kita


Madu lebah

Madu mengandungi kandungan zat makanan yang tinggi disamping ia bertindak membetulkan enzim pencernaan di perut.Madu juga memerangkap gas beracun yang dihasilkan diperut yang menyebabkan belakunya gejala angin.Hanya beberapa tetes madu dimasukkan dalam air suam untuk di minum pada tiap malam.Madu juga diberikan pada orang yang berbekam.
Madu merupakan makanan yang paling mudah untuk mencapai tujuan pembersihan dan
pengimbangan(cleansing dan balancing).Beberapa kelebihan madu adalah seperti berikut:-
- madu merawat hati
- madu mencuci kolon(pelawas)
- madu bersifat lembab dan diuretic(menjaga keseimbangan suhu)
- madu memperbaiki pencernaan
madu membekalkan zat makanan yang lengkap.

Hati
Hati lembu boleh digunakan untuk mengembalikan fungsi hati kerana ia boleh meningkatkan regenerasi pada hati.Kaedah ini digunakan dalam perawatan herba kuno iaitu masalah di hati diubati dengan hati.Sejak tahun 1896 terapi menggunakan ekstak hati cair telah digunakan.
Hati juga boleh digunakan dengan kaedah di panggang diatas api hingga masak.Hati unta juga sering digunakan untuk tujuan ini.
Penelitian klinis juga menunjukan kaedah ini keberkesanan untuk penyakit hati kronis termasuk hepatitis cuma perlu dielakkan daripada penderita gout.Kadar pengambilanya 500mg ekstrak hati tiga kali per hari.


Bunga Cina
Pokok bunga cina adalah antibiotik alami yang dikenali Gardenia augusta Merr .Ia juga amat baik untuk menghilangkan migraine akibat dari paradangan dikepala(suhu).Dengan meramas dalam air di dibasahkan kepala kepanasan akan dapat dikeluarkan.Migrain juga dikaitkan dengan riaksi alegi makanan.Pengambilan corcinium plus membantu penyembuhan.Elakan makanan seperti susu lembu,tepung gandung,coklat,telur,limau dan bahan aditif asam benzoate. Daun bunga cina juga boleh diminum untuk menurunkan panas.Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia seperti Linalol,styrolyl asetat,gardenin,gardenosida geniposida,genipin –l – glukosid,b-sitosterol,crocetin,crosin dan scandosida.Selain digunakan untuk migraine,demam,air rebusanya juga digunakan untuk pengubatan kencing manis,sariawan,asma,muntah,sembelit dan susah kencing.

Herba antivirus (demam berdarah)

Denggi berdarah yang disebabkan dari virus dengue dari nyamuk Aedes aegypti.
Ia dimulai dengan demam yang berlangsung 2 hingga 7 hari. Penderita sering merasa mual, muntah, sakit kepala, nyeri otot, nyeri persendian, nyeri tulang dan perut terasa kembung. Selain daripada itu wajah menjadi merah, hati membesar, najis hitam atau mengandung darah. Tubuh akan melawan virus dengan meneutralisasinya dan muncul gejala ruam. Virus akan mengurangkan trombosit kurang 100.000/mm 3 menyebabkan darah tidak dapat membeku.
2 helai daun betik
1 rimpang temu hitam
1 rimpang temu kunyit
1 batang pokok dukung anak.
Atau pemberian megados spirulina ,radix dan teh herba.

Daun Senna

Daun senna sering digunakan untuk kolon cleansing.Penggunaan yang berterusan akan menyebabkan akan cirit birit dan menghentikan tindakan peristalsis.Ia juga akan mematikan bacteria baik yang ada dalam usus dan akibatnya belaku ketergantungan pada ubat pelawas.

Antioksidan
Salah satu penyebab belakunya radikal bebas yang merosakkan tubuh manusia ialah terlalu terdedah pada cahaya matahari.Ia akan mengakibatkan pernafasan berbunyi, heatstroke,dizziness,feeling sick,sakit kepala,restlessness, dan unconsciousness.
Kita dapat melindungi tubuh dari pancaran matahari dengan makanan yang kaya lycopene seperti tomato,jambu merah dan tembikai Kajian menunjukkan tubuh akan dapat melindungi lebih daripada 40% pancaran itu.kita memindahkan daya tahan tumbuh-tumbuhan(antioksidan) di gunakan dalam tubuh manusia.Pokok yang mempunyai daya tahan yang kuat dengan cuaca,penyakit mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi.Bagitu juga pokok yang tumbuh di hutan kadar antioksidanya lebih 50% daripada tanaman diladang.
by fidani ahmad

Masalah Imbalance Hormone


Peracikan herba yang digunakan untuk osteoporosis
Herba:
Sombiloto 5gm
Temulawak 5gm
Gandarusa 5gm Patawali 5gm
Pegaga 5gm Halia merah 5gm.

Direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 ½ gelas.
Diminum 3 kali sehari iaitu ½ gelas setiap kali pengambilan.

Tungkat Ali dan Radix.

Bagi kaum lelaki pula untuk tujuan kesuburan perlu meningkatkan pengambilan herba Tongkat Ali dan madu kerana pokok tongkat ali meningkatkan jumlah sperma dan juga menunjukkan gerakan sperma yang lebih cepat. Saponin didalam tumbuh-tumbuhan didapati dapat menurunkan kadar kolesterol, genistein & daidzan dapat mengelakkan daripada berlakunya kanser.Saponin seakan-akan steroid, ia juga baik untuk dijadikan sebagai tonik lelaki dan wanita.

Kopi radix
Mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai polifinol. Bahan ini dapat mencegah daripada berlakunya kanser usus dan menurunkan asid hempedu. Dimana asid hempedu yang rendah akan juga merendahkan zat-zat karsinogenik (penyebab kanser) dan mencegah pembentukan batu ginjal. Menurut Joanne E Manson MD. daripada Harvard Medical School menyatakan pengambilan kopi 3 hingga 4 cawan kecil sehari dapat membantu penderita pesakit kencing manis (type 2). Ini kerana kopi mengandungi magnesium. Beliau membuat kajian kopi juga dapat mengurangkan risiko penyakit Arthritis dan Parkinson.

Kesan kopi kepada slipdisk

Banyak penyakit yang ada hubungan dengan masalah ditulang belakang.Kita dapat menentukan dengan melihat keadaan Jari kelingking.Jika jari itu bengkok ada kemungkinan telah belaku kecederaan,patah ataupun tulang belakang yang bermasalah.Anda perlu mempelajari ilmu kiropraksi bagi membetulkan tulang belakang.Kopi radix boleh dijadikan terapi bagi membantu selepas dibetulkan tulang belakang tersebut.Kopi radix mengandungi mineral yang tinggi termasuk kalsium yang baik untuk tulang.

Ikan tenggiri biru
Ikan tenggiri biru mempunyai kadar protein yang tinggi yang terdiri daripada asid amino asensiel untuk perkembangan otot dan ligament serta kekebalan tubuh.Ia juga kaya dengan vitamin A,B dan D serta mineral seperti kalsium,fosforus dan zat besi.Ikan ini juga mengandungi iodine/yodium yang tinggi dapat mengelakan belakunya tairod.Dapat membantu menurunkan kolesterol dan mencegah belakunya penyakit jantung.Kandungan omega 3 akan menjadikan darah merah tidak melekat antara satu sama lain.
Sangat baik untuk ibu yang hamil dan bercadang untuk hamil kerana ia membantu perkembangan otak,mengobati rematik,diabetes,asma dan mencegah kanser prostate.
(Lelaki yang tinggi lebih berisiko terkenanya kanser prostat.)Perlu diingatkan bahawa ikan tenggiri biru bukan hanya bermanafaat minyaknya sahaja tetapi kesemua bahagianya seperti daging,tulang dan lain-lainnya.Anda dapat memilih dalam dua bentuk samada softgel dan bentuk kapsul.

Beras perang
Gantikan beras biasa yang berwarna putih dengan beras perang.Sejak dari dahulu beras telah ditumbuk secara tradisional.Penanaman organic juga benar-benar membekalkan zat nutrient yang telah hilang dari bumi.Beras perang mengandungi vitamin B semula jadi yang sangat diperlukan
oleh tubuh .

Garam
Garam yang digunakan bebas daripada keracunan dan mengandungi kandungan sodium yang rendah.Boleh digunakan membantu pesakit kencing manis.

Minyak

Minyak masak juga penting bagi mengelakan penyakit yang disebabkan angin.Minyak tersebut mestilah tidak menghadapi masalah (asap) smoky pada suhu 485 0F.Minyak yang telah digunakan berulang menyebabkan belakunya karsinogen.

Ikan Bakar

Dalam satu kajian mendapati ikan atau daging yang telah di bakar sampai menjadi arang(karbon) boleh menjadi bahan yang menggalakan pertumbuhan kanser.Bagitu juga belacan(terasi) sangat elergi dengan orang yang mempunyai sebarang ketumbuhan terutama belacan yang berwarna merah(pewarna).Ayam pedaging yang diternak dan di besarkan dengan bantuan hormone juga mengakibatkan belakunya ketidakstabilan hormone pada wanita.Anak-anak yang suka memakan ayam goreng sering belaku pusingan haid yang tidak normal
by fidani ahmad

Khasiat ikan-omega3 dll



Kekurangan omega 3.

Disleksia merupakan ganguan pada anak kecil,remaja dan dewasa dimana mereka mengalami ganguan belajar.Ada anak anak yang membacanya dengan lambat,membaca tetapi tidak memahami ataupun membaca dengan ejaan yang salah.
Penyebabnya ialah gangguan pada beberapa tempat diotak,premature,berat badan lahir rendah,radang otak,enemia ,jangkitan telingan tengah yang berulang,keracunan kehamilan dll.
Anak-anak disleksia menunjukan sedikit sikap menentang jadi jika ibu bapa atau guru tidak memahami mereka akan dikatakan sebagai anak nakal.Akhirnya mereka terpinggir dan mungkin dibuang sekolah.
Disamping kaedah doa,psikologi penggunaan herba jangan dilupakan.Dalam kajian yang banyak dilakukan diindia mendapati penggunaan pegaga dapat membantu anak-anak ini.Berikan anak anak teh herba instant pegaga dan juga omega 3 kapsul.Insyalah banyak kes yang telah terbukti.
Banyak penelitian yang dilakukan di India mendapati pegaga memang baik untuk anak anak ADD(Attention Defisit Disorder).


Kekurangan Zink.

Zink dan Tongkat Ali digunakan untuk kesuburan.Kekurangan mineral zink akan menunjukkan tanda putih pada kuku .Kekurangannya disebabkan daripada pengambilan kalsium sintatik yang tinggi dan juga pengambilan makanan tertentu juga menyekat penyerapan zink.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bacteria dalam vargina.Zink dapat diperolehi daripada sumber laut seperti ikan,kerang,ketam,dan terdapat dalam produk omega 3 .
Bagi kaum lelaki zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormone testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.Bagi wanita zink diperlukan sebanyak 12 mg sehari dan lelaki pula 15 mg sehari.Kurangi pengambilan kalsium,asam fitrat,dan mineral copper tinggi.Pakaian ketat menurunkan kesuburan dua kali.Penggunaan zink sintatik akan meningkatkan kes kelenjar prostate.

Kekurangan iodine

Tanda- tanda Hypertairoid adalah seperti berikut:-
1. Gelisah 5. Gugup
2. Mudah tersinggung 6. Cepat letih
3. Menurunkan berat badan 7. Tidak tahan dengan cuaca panas
4. Keringat berlebihan 8. Terburu-buru.

Dalam pengubatan Jawi, kita menggunakan herba senggugut kapsul atau periuk yang disinergikan dengan Omega, Spirulina dan Tuju Angin. Bagi kapsul senggugut adalah lebih baik dibukakan dahulu kapsulnya dan dos yang digunakan ialah 3 kapsul / 3 kali / sehari. Masukkan air panas, minum airnya sahaja dan tinggalkan hampasnya. Insyaalah sembuh.

Rawan ikan Yu/Hiu

Ikan Yu termasuk dalam cartilage fish .Tulangnya terbina daripada rawan yang telah digunakan untuk tujuan anti kanser.Namun bagitu ia amat baik untuk arthritis.Terjadinya arthritis disebabkan belakunya penurunan pengeluaran glucosamin dalam tubuh seiring dengan usia seaorang.Tulang ikan yu ini berfungsi sebagai bahan pembentuk glycosaminoglycan yang merangsangkan pembentukan proteoglycan dan kalogen dan menjaga keseimbangan metabolisma jaringan tulang rawan.

Omega untuk air susu ibu

Ibu yang menyusui bayi sebaiknya mengambil makanan yang banyak mengandung asid lemak esensial seperti ikan,biji-bijian dan minyak zaitun.Ikan yang mengandungi omega 3 diberikan pada tahun yang pertama kelahiran dimana asid lemak esensial memberikan 60 % kalori untuk pertumbuhan otak.Selain daripada ikan ,bagi meningkatkan pengeluaran air susu boleh juga digunakan biji-bijian seperti jintan hitam dan minyak zaiton.Minyak zaiton mengandungi 70% Omega 9 dibandingkan dengan minyak kelapa sawit yang hanya mengandungi 40% sahaja.
Daun cekor manis/asin-asin/katup (Sauropus androgynus)juga meningkatkan pengeluaran air susu.Kaedahnya,ambil 300gm daun segar direbus dengan 1 ½ gelas air selama 15 minit setelah dingin disaring dan diminum sekaligus.Daun betik juga dapat membanyakkan pengeluaran air susu ibu.
by fidani ahmad

terapi penyakit lain

Kelebihan vitamin A sintatik.
Dalam satu kajian di Sweden kepada 2300 orang lelaki yang mengambil kelebihan vitamin A setiap hari akan mengalami 2-3 kali ganda patah tulang selepas berumur 30 tahun. Vitamin A alami dikenali sebagai beta keroten lebih selamat daripada vitamin A sintatik.Vitamin A alami didapati dalam tumbuhan seperti karet (wartel), bayam dan mangga.
Kelebihan pengambilan Vitamin A sintetik juga akan menyebabkan sakit kepala, rambut gugur, sengal sendi, tulang cepat reput, kulit sisik dan cepat lelah.

Merokok dan vitamin C

Kekurangan vitamin c menyebabkan herba tidak dapat berfungsi.Vitamin c yang digunakan hendaklah bersifat alami.Stress dan merokok merupakan jalan yang paling cepat hilangnya vitamin c dalam tubuh.Vitamin c akan mengaktifkan kerja neutrofil- sel darah putih yang bertindak sebagai petahanan tubuh melawan jangkitan.Pengambilan vitamin c juga meningkatkan pengeluaran limfosit bertindak keatas bacteria,kulat dan virus.Menghisap rokok akan memusnahkan vitamin c.
Penyerapan vitamin c akan menjadi lebih baik bila diambil bersama iron ataupun bersama flavonoid(rutin,hesperidin).Vitamin c daripada limau/jeruk juga didapati dapat mempertahankan daya ingatan.Pokok meniran mengandungi vitamin c yang tinggi.
Produk seperti Madu,roselle dan mengkudu mempunyai kadar vitamin c yang tinggi.

Kekurangan vitamin B 6

Kekurangan vitamin ini akan menjadikan sesaorang itu berada dalam tekanan hidup.Bagi mengembalikan keceriaan dicadangkan mengambil dua biji Pisang (Musa L)
Pisang kaya dengan kalium iaitu 400 mg/100g, magnesium, banyak vitamin B 6 dan vitamin c. Kalium digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, magnesium untuk osteoporosis. Vitamin B 6 juga digunakan untuk mengelak serangan jantung dan stroke. Pisang juga mengandungi sejenis serat yang dikenali sebagai Short-Chain Fructooligosaccharide (FOS) dan serotonin untuk kesihatan dan merangsangkan otot licin dalam usus.
Rebusan akar pisang digunakan untuk masalah anemia(kurang darah). Abu daripada kulit buah muda baik untuk ulser, kudis dan bisul. Air daun muda yang diperah digunakan untuk cirit-birit, disenteri dan disapu pada buasir.Kulit pisang ambon amat baik untuk sakit tulang dan sendi.
Bagi penderita sakit buah pinggang penggunaan herba yang tinggi dengan kalium dielakan.
“dan pohon pisang yang bersusun-susun(buahnya)” (56:29)

Kekurangan magnesium

Menyebabkan belakunya spasme pada dinding arteri,sakit dijantung seperti serangan sakit jantung tetapi dalam pemeriksaan ECG tidak menemui apa-apa tanda arterioskelorosis.Biasa belaku pada pesakit yang mengambil ubatan antacid dan banyak keringat.Keperluan magnesium sehari 400mg.

Kekurangan kalsium
Keadaan dimana ketumpatan tulang menjadi kurang dan mudah patah. Tulang mengandungi kalsium dan phosphorus yang menjadikan ia kuat dan tahan kelenturannya. Bagi menjaga kesihatan tulang ini tubuh akan mengawalnya ka dar kalsium dan mineral lain disamping mengeluarkan beberapa jenis hormon seperti parathyroid hormone, HGH, calcitonin, endrogen pada wanita dan testeron pada lelaki.
Vitamin D yang mencukupi juga penting untuk penyerapan kalsium. Selepas umur 30 tahun tulang akan mulai merosot.Penelitian mendapati kadar kalsium dalam darah meningkat apabila pengambilan gula. Para penyelidik di Penn State Universiti dan John Hopkin Universiti mendapati kekurangan kalsium dikalangan wanita tidak memberi kesan yang ketara keatas kekuatan tulang namun kekuatan tulang ada hubungan dengan senaman seperti otot digunakan untuk menjadikan ia kuat. Keropos tulang/osteoporosis juga sering terjadi terutama pada ibu-ibu yang telah menopause.
by fidani ahmad

Gejala ,penyakit dan terapi.

Kembong perut.
Pengambilan susu dan produk susu (laktosa intoleransi) juga boleh menyebabkan tekanan gas beberapa jam selepas makan kedangkala menyebabkan diare.kedangkala belaku pengeluaran lactase bila usia semakin dewasa dewasa.ia juga akan menyebabkan belakunya tekanan gas.

Asma
.Kesan daripada histamine yang dikeluarkan oleh mass sel (sel darah putih) menyebabkan penyempitan saluran penafasan.Ambil garam yang rendah sodium sebelum makan dan makanan yang tinggi zink.

Endrometriosis
Salah satu penyakit akibat dari asid yang tinggi dalam tubuh ialah endometriosis.Belaku jangkitan pada endrometrium(lapisan dalam rahim).
Ia menunjukkan beberapa gejala seperti:-
1. Nyeri abdomen bahagian bawah
2. keputihan
3. pendarahan
Dalam pengubatan Jawi shark cartilage diberikan bersama dengan teh herba .Sinergi antara herba dan ikan ini telah dilapurkan dapat meningkatkan 13 kali ganda keberkesananya untuk penyembuhan kanser,dimuat dalam Inggeris Jurnal Ilmiah Karsinogenesis.Shark digunakan untuk meningkatkatkan daya tahan tubuh,memperbaiki pencernaan, dan menstabilkan fungsi organ tubuh.

Kanser./ganggren/radang sendi/sakit jantung/psoriasis
Perlukan kalsium bagi membetulkan kembali asidosis tubuh dan kalsium yang terbaik daripada fish meal (serbuk ikan) daripada tengggiri biru atau ikan Shark.

Keputihan
Sama seperti bacteria,terdapat yis (jamur) baik yang akan dimusnahkan oleh yis buruk seperti Candida albican.Candida akan menyerbabkan belakunya masalah keputihan.Bila belaku jangkitan keputihan akan berbau busuk,warna kehijauan dan gatal.Menggunakan ubatan kimia akan mengubah keasidan vargina.Cara yang paling mudah dengan mengambil makanan yang bertindak sebagai media bagi pembiakan yis baik seperti gula merah atau molasses.

Kekurangan flora usus
Kekurangan flora usus akan menyebab belakunya gejala keletihan yang teruk.pemberian FOS daripada pisang akan mengembalikan tenaga.Pisang di jus bersama bawang merah dan bawang putih selama 4 minggu akan menghasilkan 400% penambahan flora usus.

Anemia
Gula merah mengandungi mineral besi,fosfos dan kalium.Ia digunakan mengantikan gula putih yang telah hilang banyak nutriennya hasil daripada pemerosesan.Gula merah digunakan bagi rawatan kurang darah yang sangat berkesan.
by fidani ahmad

keadaan asid dan alkali tubuh

3. Belakunya imbalance asid-alkali

Pengambilan makanan yang boleh menyebabkan belakunya ketidakseimbangan asid-alkali akan menyebabkan masalah angin yang mengganggu kesihatan.

Makanan yang menyebabkan asid ialah seperti:-
Alkohol,rebung,mie,organhaiwan,kacang,ladahitam,daunkucai,ubatandadah,ayam,koko,prune,kopi,minuman ringan,telor,gula,ikan isi hitam,the dan cuka,tepung,daging,susu,aspirin dan tembakau.

Makanan yang menyebabkan alkali:-
Avocados,jagung,kurma,kelapa segar,kebanyakan buahan segar,kebanyakan sayuran segar,madu,molasses,kismis,produk soya dan lain-lain.

Herba membentuk alkali.
1. Shark Cartilage
2. Spirulina
3. Teh herba
4. Tehasiatica
5. Madu asli
by fidani ahmad

Bagaimana Jika Oksigen dlm tubuh kurang??

2. Oksigen yang tidak mencukupi

Seorang lelaki melakukan penafasan normal seminit 14 – 16 kali dan wanita pula 18 -20 kali seminit. Kemampuan pengambilan udara bergantung kepada kapasitias paru-paru.Dalam paru-paru terdapat beribu ribu pembuluh halus yang menghantar udara ke jutaan poket udara yang berada di ujung pembuluh halus tersebut. Poket udara itu dikenali sebagai alveolus. Apabila poket udara tidak mendapat udara yang mencukupi maka akan menyebabkan berlakunya batuk, sakit jantung, paru-paru, lemah jiwa dan penyakit kanser.

Riadah penafasan
Dalam sport sains menyatakan bahawa riadah yang paling baik ialah berenang.Rasulullah juga menganjurkan ibubapa supaya mengajar anak-anak berenang.Berenang akan membesarkan dan memperbanyakan masukan udara ke paru- paru.Penafasan yang pendek dan sedikit harus diubah menjadi panjang dan banyak.Riadah penafasan akan membekalkan oksigen yang mencukupi.Oksigen juga dapat diperolehi daripada air heksagonal (Pai water).

Berbekam.
Oksigen yang kurang juga menyebabkan belakunya kecacatan pada sel-sel darah merah dan kita namakan sebagai “darah kotor”. ”Darah kotor” akan terpendam dibawah kulit (scurf rim) menyebabkan system imuniti merosot. Bagi mengeluarkan darah kotor ini kaedah yang paling baik ialah hijamah/bekam. Titik-titik bekam perlu diteliti dengan cermat agar kesembuhan boleh berlaku.

Riadah berjalan cepat.
Berjalan kaki dengan cepat juga riadah yang dapat membawa sejumlah banyak oksigen dalam tubuh. Setkan masa dan tempoh yang akan diambil. Lakukan perubahan masa dengan mempercepatkanya. Selain daripada itu juga tulang-tulang akan menjadi kuat persis seperti otot akan menjadi kuat apabila digunakanya sentiasa. Pergantungan kepada pengambilan kalsium sahaja untuk memperbaiki tulang tidak memberi banyak perubahan tanpa riadah

by fidani ahmad

Sumber penyakit dari Angin

3 SEBAB BERLAKUNYA MASALAH ANGIN

1. Masalah Jiwa.

2. Oksigen yang tidak mencukupi

3. Imbalance asid-alkali


1. Masalah jiwa

Masalah jiwa seperti kegelisahan, kekhuatiran, pemarah serta ketakutan akan menyebabkan lemahnya system imuniti tubuh. Kementerian Kesihatan Malaysia mengganggarkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia antara umur lima hingga 15 tahun menghadapi masalah psikiatri.Kajian pada tahun 1996 pula menunjukan pesakit mental dari kalangan orang dewasa adalah 10.7 peratus. Jumlah pesakit juga tinggi bagi yang berusia lebih 50 tahun terutama ibu tunggal ( Single Parent) .Masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan dengan kesukaran tidur, tekanan perasaan/stress, Kurang konsentrasi dan hubungan interaksi dengan rekan-rekan juga terbengkalai

Dalam keadaan dukacita hormon adrenalin dibebas banyak didalam darah menyebabkan tenaga dalam “Vital force”(Imunitas) menurun dan tubuh tidak kuat menahan serangan kuman yang membawa penyakit. Peningkatan hormon kortisol dalam darah mereka yang sentiasa tidak ceria menyebabkan luka lambat disembuhkan.
Dalam satu kajian di Universiti Tennessee mendapati tekanan darah orang yang pemaaf lebih rendah daripada mereka yang cenderung menyimpan dendam. Syaraf penciuman orang yang mempunyai tekanan (depresi) lebih rendah daripada syaraf ciuman orang biasa. Biasanya tekanan yang berpanjangan menyebabkan berlakunya sakit kulit/ exzim-gatal gatal

Dosa dan tekanan (stress)
Manusia telah dikurniakan dhomir/hati kecil yang dapat merasa bersalah apabila melakukan sesuatu dosa. Perasaan ini akan menyebabkan belakunya tidakselarasan antara puitutari gland (kelenjar induk) dan kelenjar adrenal yang melahirkan perasaan-perasaan dalaman yang tersembunyi.

Tekanan dan rasa bersalah juga merupakan penyebab belakunya masalah angin.Ia mengubah keseimbangan asid-alkali dalam tubuh dan menjadikan beberapa gejala yang akan terjadi pada masa tua. Pendekatan Jawi telah meletakkan 90% pengaruh penyembuhan bergantung kepada faktor kejiwaan (Spiritual, mental, emosi).Pengubatan dengan melalui jalan ruhiah(ugama) merupakan jalan pintas untuk kesembuhan.
Penawar Al Quran
Tenaga dalaman” dapat dibangkitkan daripada Al quran melalui pembacaan,penghayatan dan perasaan kasih pada Tuhannya.Bagi penganut agama lain mereka teraba-raba mencari tenaga dalam yang bersumberkan ilham batiniah yang datang dari spirit-spirit yang ditolak oleh Islam.Mukjizat Al Quran terus dihilangkan dan yang lebih malang mereka mengambil energi dari bukit,alam cakrawala,pyramid dan lain-lain lagi.Bukankah ajaran itu sama sekali asing daripada ad deen yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Inilah masa kita semua kembali kepada Al quran dan sunnah .Jauhi syirik kerana syirik merupakan dosa yang tak berampun.Herbalis jangan mudah tertipu dengan kebolehan sesaorang melakukan pengobatan dan berpeganglah dengan kebenaran kerana pertolongan Allah pada orang soleh itu tersembunyi dan jauh daripada untuk dipertontonkan.Kita meyakini kelebihan yang bisa dipertontonkan lebih hampir kepada tipudaya syaitan atau dipanggil “ghurur”..

by fidani ahmad

artikel herbalis

Perubatan Jawi (PJ) mempunyai pegangan bahawa tubuh berupaya menyembuhkan dirinya sendiri (self healing, self cleansing, self protecting) dan herba menjadi pembantu proses penyembuhan. Kesakitan berlaku akibat daripada ketidakseimbangan tanah, air, api dan angin yang merupakan unsur kejadian tubuh badan manusia. Masalah keracunan daripada luar dan difungsi organ penyingkiran menjadi faktor utama penyumbang kepada pelbagai macam penyakit.

Keseimbangan suhu tubuh (panas dan dingin) juga terganggu dengan berlakunya gangguan medan elektromagnet di otak yang mengakibatkan tidur tidak berkualiti. Manakala faktor ketiga yang mempengaruhi kesihatan tubuh ialah berlakunya ketidakseimbangan angin yang akan menyebabkan kekurangan atau kelebihan sesuatu zat pemakanan.Kenapa ia belaku? Tubuh akan menjadi sangat berasid (asidosis) atau sangat beralkali (alkalosis) yang menyebabkan terganggunya proses penghadaman, pencernaan serta penyerapan. Keseimbangan perut, 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara telah berubah. Udara yang dapat disedut melalui pernafasan menjadi kurang dan nafas menjadi pendek.

HERBA UNTUK ANGIN

Herba untuk angin biasanya digunakan untuk membaiki pencernaan. Ia di kelasifikasikan kepada 3 jenis:

  1. Herba mengandungi minyak meruap

Herba yang mengandung minyak meruap/sari/asiri memberikan kesan rangsangan supaya keadaan di perut tidak terlalu asid yang menyebabkan “heartburn” dan ia juga menghilangkan iritasi /ulser perut. Penggunaan akar teja lawang, lada hitam, halia adalah untuk tujuan ini. Produk HPA pula adalah seperti tuju angin, morinda, radix dan paramaria plus. Pokok Teja Lawang mempunyai kesan-kesan karminatif, astringent, stimulant, antiseptic, ianya seringkali digunakan dalam sinergi herba.

  1. Herba yang mengandungi kalsium.

Herba yang mengandungi kalsium yang tinggi juga digunakan terutama bagi membetulkan keadaan asid dalam perut. Shark cartilage merupakan herba yang paling baik untuk pencernaan.

  1. Herba pahit/kelat

Herba pahit atau kelat akan merangsang pengeluaran air perut, selera makan dan yang lebih penting bertindak sebagai detox dalam tubuh. Teh herba, plantisol, vitex, imuniti merupakan beberapa jenis produk pahit ini. Tanin merupakan bahan kelat yang ada di dalam herba yang bertindak sebagai anti radang terutama di perut.

by fidani ahmad