Senin, 02 Maret 2009

Khasiat ikan-omega3 dll



Kekurangan omega 3.

Disleksia merupakan ganguan pada anak kecil,remaja dan dewasa dimana mereka mengalami ganguan belajar.Ada anak anak yang membacanya dengan lambat,membaca tetapi tidak memahami ataupun membaca dengan ejaan yang salah.
Penyebabnya ialah gangguan pada beberapa tempat diotak,premature,berat badan lahir rendah,radang otak,enemia ,jangkitan telingan tengah yang berulang,keracunan kehamilan dll.
Anak-anak disleksia menunjukan sedikit sikap menentang jadi jika ibu bapa atau guru tidak memahami mereka akan dikatakan sebagai anak nakal.Akhirnya mereka terpinggir dan mungkin dibuang sekolah.
Disamping kaedah doa,psikologi penggunaan herba jangan dilupakan.Dalam kajian yang banyak dilakukan diindia mendapati penggunaan pegaga dapat membantu anak-anak ini.Berikan anak anak teh herba instant pegaga dan juga omega 3 kapsul.Insyalah banyak kes yang telah terbukti.
Banyak penelitian yang dilakukan di India mendapati pegaga memang baik untuk anak anak ADD(Attention Defisit Disorder).


Kekurangan Zink.

Zink dan Tongkat Ali digunakan untuk kesuburan.Kekurangan mineral zink akan menunjukkan tanda putih pada kuku .Kekurangannya disebabkan daripada pengambilan kalsium sintatik yang tinggi dan juga pengambilan makanan tertentu juga menyekat penyerapan zink.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bacteria dalam vargina.Zink dapat diperolehi daripada sumber laut seperti ikan,kerang,ketam,dan terdapat dalam produk omega 3 .
Bagi kaum lelaki zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormone testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.Bagi wanita zink diperlukan sebanyak 12 mg sehari dan lelaki pula 15 mg sehari.Kurangi pengambilan kalsium,asam fitrat,dan mineral copper tinggi.Pakaian ketat menurunkan kesuburan dua kali.Penggunaan zink sintatik akan meningkatkan kes kelenjar prostate.

Kekurangan iodine

Tanda- tanda Hypertairoid adalah seperti berikut:-
1. Gelisah 5. Gugup
2. Mudah tersinggung 6. Cepat letih
3. Menurunkan berat badan 7. Tidak tahan dengan cuaca panas
4. Keringat berlebihan 8. Terburu-buru.

Dalam pengubatan Jawi, kita menggunakan herba senggugut kapsul atau periuk yang disinergikan dengan Omega, Spirulina dan Tuju Angin. Bagi kapsul senggugut adalah lebih baik dibukakan dahulu kapsulnya dan dos yang digunakan ialah 3 kapsul / 3 kali / sehari. Masukkan air panas, minum airnya sahaja dan tinggalkan hampasnya. Insyaalah sembuh.

Rawan ikan Yu/Hiu

Ikan Yu termasuk dalam cartilage fish .Tulangnya terbina daripada rawan yang telah digunakan untuk tujuan anti kanser.Namun bagitu ia amat baik untuk arthritis.Terjadinya arthritis disebabkan belakunya penurunan pengeluaran glucosamin dalam tubuh seiring dengan usia seaorang.Tulang ikan yu ini berfungsi sebagai bahan pembentuk glycosaminoglycan yang merangsangkan pembentukan proteoglycan dan kalogen dan menjaga keseimbangan metabolisma jaringan tulang rawan.

Omega untuk air susu ibu

Ibu yang menyusui bayi sebaiknya mengambil makanan yang banyak mengandung asid lemak esensial seperti ikan,biji-bijian dan minyak zaitun.Ikan yang mengandungi omega 3 diberikan pada tahun yang pertama kelahiran dimana asid lemak esensial memberikan 60 % kalori untuk pertumbuhan otak.Selain daripada ikan ,bagi meningkatkan pengeluaran air susu boleh juga digunakan biji-bijian seperti jintan hitam dan minyak zaiton.Minyak zaiton mengandungi 70% Omega 9 dibandingkan dengan minyak kelapa sawit yang hanya mengandungi 40% sahaja.
Daun cekor manis/asin-asin/katup (Sauropus androgynus)juga meningkatkan pengeluaran air susu.Kaedahnya,ambil 300gm daun segar direbus dengan 1 ½ gelas air selama 15 minit setelah dingin disaring dan diminum sekaligus.Daun betik juga dapat membanyakkan pengeluaran air susu ibu.
by fidani ahmad

terapi penyakit lain

Kelebihan vitamin A sintatik.
Dalam satu kajian di Sweden kepada 2300 orang lelaki yang mengambil kelebihan vitamin A setiap hari akan mengalami 2-3 kali ganda patah tulang selepas berumur 30 tahun. Vitamin A alami dikenali sebagai beta keroten lebih selamat daripada vitamin A sintatik.Vitamin A alami didapati dalam tumbuhan seperti karet (wartel), bayam dan mangga.
Kelebihan pengambilan Vitamin A sintetik juga akan menyebabkan sakit kepala, rambut gugur, sengal sendi, tulang cepat reput, kulit sisik dan cepat lelah.

Merokok dan vitamin C

Kekurangan vitamin c menyebabkan herba tidak dapat berfungsi.Vitamin c yang digunakan hendaklah bersifat alami.Stress dan merokok merupakan jalan yang paling cepat hilangnya vitamin c dalam tubuh.Vitamin c akan mengaktifkan kerja neutrofil- sel darah putih yang bertindak sebagai petahanan tubuh melawan jangkitan.Pengambilan vitamin c juga meningkatkan pengeluaran limfosit bertindak keatas bacteria,kulat dan virus.Menghisap rokok akan memusnahkan vitamin c.
Penyerapan vitamin c akan menjadi lebih baik bila diambil bersama iron ataupun bersama flavonoid(rutin,hesperidin).Vitamin c daripada limau/jeruk juga didapati dapat mempertahankan daya ingatan.Pokok meniran mengandungi vitamin c yang tinggi.
Produk seperti Madu,roselle dan mengkudu mempunyai kadar vitamin c yang tinggi.

Kekurangan vitamin B 6

Kekurangan vitamin ini akan menjadikan sesaorang itu berada dalam tekanan hidup.Bagi mengembalikan keceriaan dicadangkan mengambil dua biji Pisang (Musa L)
Pisang kaya dengan kalium iaitu 400 mg/100g, magnesium, banyak vitamin B 6 dan vitamin c. Kalium digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, magnesium untuk osteoporosis. Vitamin B 6 juga digunakan untuk mengelak serangan jantung dan stroke. Pisang juga mengandungi sejenis serat yang dikenali sebagai Short-Chain Fructooligosaccharide (FOS) dan serotonin untuk kesihatan dan merangsangkan otot licin dalam usus.
Rebusan akar pisang digunakan untuk masalah anemia(kurang darah). Abu daripada kulit buah muda baik untuk ulser, kudis dan bisul. Air daun muda yang diperah digunakan untuk cirit-birit, disenteri dan disapu pada buasir.Kulit pisang ambon amat baik untuk sakit tulang dan sendi.
Bagi penderita sakit buah pinggang penggunaan herba yang tinggi dengan kalium dielakan.
“dan pohon pisang yang bersusun-susun(buahnya)” (56:29)

Kekurangan magnesium

Menyebabkan belakunya spasme pada dinding arteri,sakit dijantung seperti serangan sakit jantung tetapi dalam pemeriksaan ECG tidak menemui apa-apa tanda arterioskelorosis.Biasa belaku pada pesakit yang mengambil ubatan antacid dan banyak keringat.Keperluan magnesium sehari 400mg.

Kekurangan kalsium
Keadaan dimana ketumpatan tulang menjadi kurang dan mudah patah. Tulang mengandungi kalsium dan phosphorus yang menjadikan ia kuat dan tahan kelenturannya. Bagi menjaga kesihatan tulang ini tubuh akan mengawalnya ka dar kalsium dan mineral lain disamping mengeluarkan beberapa jenis hormon seperti parathyroid hormone, HGH, calcitonin, endrogen pada wanita dan testeron pada lelaki.
Vitamin D yang mencukupi juga penting untuk penyerapan kalsium. Selepas umur 30 tahun tulang akan mulai merosot.Penelitian mendapati kadar kalsium dalam darah meningkat apabila pengambilan gula. Para penyelidik di Penn State Universiti dan John Hopkin Universiti mendapati kekurangan kalsium dikalangan wanita tidak memberi kesan yang ketara keatas kekuatan tulang namun kekuatan tulang ada hubungan dengan senaman seperti otot digunakan untuk menjadikan ia kuat. Keropos tulang/osteoporosis juga sering terjadi terutama pada ibu-ibu yang telah menopause.
by fidani ahmad

Gejala ,penyakit dan terapi.

Kembong perut.
Pengambilan susu dan produk susu (laktosa intoleransi) juga boleh menyebabkan tekanan gas beberapa jam selepas makan kedangkala menyebabkan diare.kedangkala belaku pengeluaran lactase bila usia semakin dewasa dewasa.ia juga akan menyebabkan belakunya tekanan gas.

Asma
.Kesan daripada histamine yang dikeluarkan oleh mass sel (sel darah putih) menyebabkan penyempitan saluran penafasan.Ambil garam yang rendah sodium sebelum makan dan makanan yang tinggi zink.

Endrometriosis
Salah satu penyakit akibat dari asid yang tinggi dalam tubuh ialah endometriosis.Belaku jangkitan pada endrometrium(lapisan dalam rahim).
Ia menunjukkan beberapa gejala seperti:-
1. Nyeri abdomen bahagian bawah
2. keputihan
3. pendarahan
Dalam pengubatan Jawi shark cartilage diberikan bersama dengan teh herba .Sinergi antara herba dan ikan ini telah dilapurkan dapat meningkatkan 13 kali ganda keberkesananya untuk penyembuhan kanser,dimuat dalam Inggeris Jurnal Ilmiah Karsinogenesis.Shark digunakan untuk meningkatkatkan daya tahan tubuh,memperbaiki pencernaan, dan menstabilkan fungsi organ tubuh.

Kanser./ganggren/radang sendi/sakit jantung/psoriasis
Perlukan kalsium bagi membetulkan kembali asidosis tubuh dan kalsium yang terbaik daripada fish meal (serbuk ikan) daripada tengggiri biru atau ikan Shark.

Keputihan
Sama seperti bacteria,terdapat yis (jamur) baik yang akan dimusnahkan oleh yis buruk seperti Candida albican.Candida akan menyerbabkan belakunya masalah keputihan.Bila belaku jangkitan keputihan akan berbau busuk,warna kehijauan dan gatal.Menggunakan ubatan kimia akan mengubah keasidan vargina.Cara yang paling mudah dengan mengambil makanan yang bertindak sebagai media bagi pembiakan yis baik seperti gula merah atau molasses.

Kekurangan flora usus
Kekurangan flora usus akan menyebab belakunya gejala keletihan yang teruk.pemberian FOS daripada pisang akan mengembalikan tenaga.Pisang di jus bersama bawang merah dan bawang putih selama 4 minggu akan menghasilkan 400% penambahan flora usus.

Anemia
Gula merah mengandungi mineral besi,fosfos dan kalium.Ia digunakan mengantikan gula putih yang telah hilang banyak nutriennya hasil daripada pemerosesan.Gula merah digunakan bagi rawatan kurang darah yang sangat berkesan.
by fidani ahmad

keadaan asid dan alkali tubuh

3. Belakunya imbalance asid-alkali

Pengambilan makanan yang boleh menyebabkan belakunya ketidakseimbangan asid-alkali akan menyebabkan masalah angin yang mengganggu kesihatan.

Makanan yang menyebabkan asid ialah seperti:-
Alkohol,rebung,mie,organhaiwan,kacang,ladahitam,daunkucai,ubatandadah,ayam,koko,prune,kopi,minuman ringan,telor,gula,ikan isi hitam,the dan cuka,tepung,daging,susu,aspirin dan tembakau.

Makanan yang menyebabkan alkali:-
Avocados,jagung,kurma,kelapa segar,kebanyakan buahan segar,kebanyakan sayuran segar,madu,molasses,kismis,produk soya dan lain-lain.

Herba membentuk alkali.
1. Shark Cartilage
2. Spirulina
3. Teh herba
4. Tehasiatica
5. Madu asli
by fidani ahmad

Bagaimana Jika Oksigen dlm tubuh kurang??

2. Oksigen yang tidak mencukupi

Seorang lelaki melakukan penafasan normal seminit 14 – 16 kali dan wanita pula 18 -20 kali seminit. Kemampuan pengambilan udara bergantung kepada kapasitias paru-paru.Dalam paru-paru terdapat beribu ribu pembuluh halus yang menghantar udara ke jutaan poket udara yang berada di ujung pembuluh halus tersebut. Poket udara itu dikenali sebagai alveolus. Apabila poket udara tidak mendapat udara yang mencukupi maka akan menyebabkan berlakunya batuk, sakit jantung, paru-paru, lemah jiwa dan penyakit kanser.

Riadah penafasan
Dalam sport sains menyatakan bahawa riadah yang paling baik ialah berenang.Rasulullah juga menganjurkan ibubapa supaya mengajar anak-anak berenang.Berenang akan membesarkan dan memperbanyakan masukan udara ke paru- paru.Penafasan yang pendek dan sedikit harus diubah menjadi panjang dan banyak.Riadah penafasan akan membekalkan oksigen yang mencukupi.Oksigen juga dapat diperolehi daripada air heksagonal (Pai water).

Berbekam.
Oksigen yang kurang juga menyebabkan belakunya kecacatan pada sel-sel darah merah dan kita namakan sebagai “darah kotor”. ”Darah kotor” akan terpendam dibawah kulit (scurf rim) menyebabkan system imuniti merosot. Bagi mengeluarkan darah kotor ini kaedah yang paling baik ialah hijamah/bekam. Titik-titik bekam perlu diteliti dengan cermat agar kesembuhan boleh berlaku.

Riadah berjalan cepat.
Berjalan kaki dengan cepat juga riadah yang dapat membawa sejumlah banyak oksigen dalam tubuh. Setkan masa dan tempoh yang akan diambil. Lakukan perubahan masa dengan mempercepatkanya. Selain daripada itu juga tulang-tulang akan menjadi kuat persis seperti otot akan menjadi kuat apabila digunakanya sentiasa. Pergantungan kepada pengambilan kalsium sahaja untuk memperbaiki tulang tidak memberi banyak perubahan tanpa riadah

by fidani ahmad

Sumber penyakit dari Angin

3 SEBAB BERLAKUNYA MASALAH ANGIN

1. Masalah Jiwa.

2. Oksigen yang tidak mencukupi

3. Imbalance asid-alkali


1. Masalah jiwa

Masalah jiwa seperti kegelisahan, kekhuatiran, pemarah serta ketakutan akan menyebabkan lemahnya system imuniti tubuh. Kementerian Kesihatan Malaysia mengganggarkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia antara umur lima hingga 15 tahun menghadapi masalah psikiatri.Kajian pada tahun 1996 pula menunjukan pesakit mental dari kalangan orang dewasa adalah 10.7 peratus. Jumlah pesakit juga tinggi bagi yang berusia lebih 50 tahun terutama ibu tunggal ( Single Parent) .Masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan dengan kesukaran tidur, tekanan perasaan/stress, Kurang konsentrasi dan hubungan interaksi dengan rekan-rekan juga terbengkalai

Dalam keadaan dukacita hormon adrenalin dibebas banyak didalam darah menyebabkan tenaga dalam “Vital force”(Imunitas) menurun dan tubuh tidak kuat menahan serangan kuman yang membawa penyakit. Peningkatan hormon kortisol dalam darah mereka yang sentiasa tidak ceria menyebabkan luka lambat disembuhkan.
Dalam satu kajian di Universiti Tennessee mendapati tekanan darah orang yang pemaaf lebih rendah daripada mereka yang cenderung menyimpan dendam. Syaraf penciuman orang yang mempunyai tekanan (depresi) lebih rendah daripada syaraf ciuman orang biasa. Biasanya tekanan yang berpanjangan menyebabkan berlakunya sakit kulit/ exzim-gatal gatal

Dosa dan tekanan (stress)
Manusia telah dikurniakan dhomir/hati kecil yang dapat merasa bersalah apabila melakukan sesuatu dosa. Perasaan ini akan menyebabkan belakunya tidakselarasan antara puitutari gland (kelenjar induk) dan kelenjar adrenal yang melahirkan perasaan-perasaan dalaman yang tersembunyi.

Tekanan dan rasa bersalah juga merupakan penyebab belakunya masalah angin.Ia mengubah keseimbangan asid-alkali dalam tubuh dan menjadikan beberapa gejala yang akan terjadi pada masa tua. Pendekatan Jawi telah meletakkan 90% pengaruh penyembuhan bergantung kepada faktor kejiwaan (Spiritual, mental, emosi).Pengubatan dengan melalui jalan ruhiah(ugama) merupakan jalan pintas untuk kesembuhan.
Penawar Al Quran
Tenaga dalaman” dapat dibangkitkan daripada Al quran melalui pembacaan,penghayatan dan perasaan kasih pada Tuhannya.Bagi penganut agama lain mereka teraba-raba mencari tenaga dalam yang bersumberkan ilham batiniah yang datang dari spirit-spirit yang ditolak oleh Islam.Mukjizat Al Quran terus dihilangkan dan yang lebih malang mereka mengambil energi dari bukit,alam cakrawala,pyramid dan lain-lain lagi.Bukankah ajaran itu sama sekali asing daripada ad deen yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Inilah masa kita semua kembali kepada Al quran dan sunnah .Jauhi syirik kerana syirik merupakan dosa yang tak berampun.Herbalis jangan mudah tertipu dengan kebolehan sesaorang melakukan pengobatan dan berpeganglah dengan kebenaran kerana pertolongan Allah pada orang soleh itu tersembunyi dan jauh daripada untuk dipertontonkan.Kita meyakini kelebihan yang bisa dipertontonkan lebih hampir kepada tipudaya syaitan atau dipanggil “ghurur”..

by fidani ahmad

artikel herbalis

Perubatan Jawi (PJ) mempunyai pegangan bahawa tubuh berupaya menyembuhkan dirinya sendiri (self healing, self cleansing, self protecting) dan herba menjadi pembantu proses penyembuhan. Kesakitan berlaku akibat daripada ketidakseimbangan tanah, air, api dan angin yang merupakan unsur kejadian tubuh badan manusia. Masalah keracunan daripada luar dan difungsi organ penyingkiran menjadi faktor utama penyumbang kepada pelbagai macam penyakit.

Keseimbangan suhu tubuh (panas dan dingin) juga terganggu dengan berlakunya gangguan medan elektromagnet di otak yang mengakibatkan tidur tidak berkualiti. Manakala faktor ketiga yang mempengaruhi kesihatan tubuh ialah berlakunya ketidakseimbangan angin yang akan menyebabkan kekurangan atau kelebihan sesuatu zat pemakanan.Kenapa ia belaku? Tubuh akan menjadi sangat berasid (asidosis) atau sangat beralkali (alkalosis) yang menyebabkan terganggunya proses penghadaman, pencernaan serta penyerapan. Keseimbangan perut, 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara telah berubah. Udara yang dapat disedut melalui pernafasan menjadi kurang dan nafas menjadi pendek.

HERBA UNTUK ANGIN

Herba untuk angin biasanya digunakan untuk membaiki pencernaan. Ia di kelasifikasikan kepada 3 jenis:

  1. Herba mengandungi minyak meruap

Herba yang mengandung minyak meruap/sari/asiri memberikan kesan rangsangan supaya keadaan di perut tidak terlalu asid yang menyebabkan “heartburn” dan ia juga menghilangkan iritasi /ulser perut. Penggunaan akar teja lawang, lada hitam, halia adalah untuk tujuan ini. Produk HPA pula adalah seperti tuju angin, morinda, radix dan paramaria plus. Pokok Teja Lawang mempunyai kesan-kesan karminatif, astringent, stimulant, antiseptic, ianya seringkali digunakan dalam sinergi herba.

  1. Herba yang mengandungi kalsium.

Herba yang mengandungi kalsium yang tinggi juga digunakan terutama bagi membetulkan keadaan asid dalam perut. Shark cartilage merupakan herba yang paling baik untuk pencernaan.

  1. Herba pahit/kelat

Herba pahit atau kelat akan merangsang pengeluaran air perut, selera makan dan yang lebih penting bertindak sebagai detox dalam tubuh. Teh herba, plantisol, vitex, imuniti merupakan beberapa jenis produk pahit ini. Tanin merupakan bahan kelat yang ada di dalam herba yang bertindak sebagai anti radang terutama di perut.

by fidani ahmad