Senin, 02 Maret 2009

artikel herbalis

Perubatan Jawi (PJ) mempunyai pegangan bahawa tubuh berupaya menyembuhkan dirinya sendiri (self healing, self cleansing, self protecting) dan herba menjadi pembantu proses penyembuhan. Kesakitan berlaku akibat daripada ketidakseimbangan tanah, air, api dan angin yang merupakan unsur kejadian tubuh badan manusia. Masalah keracunan daripada luar dan difungsi organ penyingkiran menjadi faktor utama penyumbang kepada pelbagai macam penyakit.

Keseimbangan suhu tubuh (panas dan dingin) juga terganggu dengan berlakunya gangguan medan elektromagnet di otak yang mengakibatkan tidur tidak berkualiti. Manakala faktor ketiga yang mempengaruhi kesihatan tubuh ialah berlakunya ketidakseimbangan angin yang akan menyebabkan kekurangan atau kelebihan sesuatu zat pemakanan.Kenapa ia belaku? Tubuh akan menjadi sangat berasid (asidosis) atau sangat beralkali (alkalosis) yang menyebabkan terganggunya proses penghadaman, pencernaan serta penyerapan. Keseimbangan perut, 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara telah berubah. Udara yang dapat disedut melalui pernafasan menjadi kurang dan nafas menjadi pendek.

HERBA UNTUK ANGIN

Herba untuk angin biasanya digunakan untuk membaiki pencernaan. Ia di kelasifikasikan kepada 3 jenis:

  1. Herba mengandungi minyak meruap

Herba yang mengandung minyak meruap/sari/asiri memberikan kesan rangsangan supaya keadaan di perut tidak terlalu asid yang menyebabkan “heartburn” dan ia juga menghilangkan iritasi /ulser perut. Penggunaan akar teja lawang, lada hitam, halia adalah untuk tujuan ini. Produk HPA pula adalah seperti tuju angin, morinda, radix dan paramaria plus. Pokok Teja Lawang mempunyai kesan-kesan karminatif, astringent, stimulant, antiseptic, ianya seringkali digunakan dalam sinergi herba.

  1. Herba yang mengandungi kalsium.

Herba yang mengandungi kalsium yang tinggi juga digunakan terutama bagi membetulkan keadaan asid dalam perut. Shark cartilage merupakan herba yang paling baik untuk pencernaan.

  1. Herba pahit/kelat

Herba pahit atau kelat akan merangsang pengeluaran air perut, selera makan dan yang lebih penting bertindak sebagai detox dalam tubuh. Teh herba, plantisol, vitex, imuniti merupakan beberapa jenis produk pahit ini. Tanin merupakan bahan kelat yang ada di dalam herba yang bertindak sebagai anti radang terutama di perut.

by fidani ahmad

Tidak ada komentar: