Senin, 02 Maret 2009

Bersihin usus...


Kolon cleansing
Program yang kedua untuk membuang keracunan ialah dengan menggunakan herba yang bertindak sebagai pencuci kolon(usus besar).Para herbalis percaya banyak keracunan belaku dalam tubuh akibat daripada kolon yang bermasalah.Apabila kotoran tidak dapat dikeluarkan ia akan mengeluarkan toksid dan diserap kedalam aliran darah.Herba bertindak sebagai pelawas.Bukan kesemua herba akan memberikan kesan lawas untuk semua jenis pesakit.Herba-herba yang bertindak sebagai pelawas mengandungi serat yang tinggi.Beberapa contuh herba yang bertindak sebagai pelawas seperti:-
Mengkudu
Kangkong
Lidah buaya
Halia
Spirulina
Apabila masyarakat mengetahui kepentingan melakukan kolon cleansing maka berbagai jenis herba telah digunakan.Antara jenis bahan herba yang digunakan ialah seperti psylium Husks, bran,grains dan dari jenis legumes.Herba herba ini merupakan makanan yang tinggi dengan gentian dan dapat digunakan untuk mengubati poket bowel.Bran contuhnya dapat menyerap air lebih daripada 10 kali beratnya sendiri dan menjadikan najis lembut dan mudah dikeluarkan.Namun bagitu perlu disedarkan bahawa jenis-jenis dedak ini bertindak sebagai phytate yang menyekat pengambilan mineral seperti calsium,magnesium,iron dan zink.Tubuh akan menjadi lemah dan juga mengakibat pesakit ptyroid menjadi semakin parah.


Demam.

Demam adalah suatu keadaan yang baik kerana ia menunjukan tindakbalas tubuh dengan serangan kuman.Kenaikan suhu 0.8 darjah Celsius akan meningkatkan kecekapan metabolisma tubuh 10 peratus.Sel-sel imuniti akan pantas bergerak ditempat serangan.Apabila demam berpanjangan,bererti tubuh memberi isyarat bahawa daya tahannya masih tidak berupaya mengalahkan serangan kuman.Dalam masa yang sama tubuh memerlukan oksigen,makanan,mineral dan air yang lebih.Suhu yang tinggi ini juga meningkatkan kerja jantung dan ginjal.Jika suhu melebihi 40 darjah ia akan menyebabkan belakunya hyperthermia.Peningkatan suhu yang berlebihan juga akan melemahkan daya tahan tubuh.
Bagi menurunkan suhu badan, penawar alami yang sering digunakan ialah dengan pengkaedahan menjaram(compress)di bahagian kepala.Penggunaan beberapa jenis daun seperti daun bunga cina/kaca piring,daun rambutan,daun durian,daun melati dan daun bunga raya sangat berkesan.Daunnya terlebih dahulu di ramas dalam air kemudian dibasahkan dikepala.Selepas diulangi beberapa kali ,insyalah suhu badan akan kembali normal.

c. Demam (dingin)

Dalam keadaan suhu terlalu rendah pula menyebabkan peredaran darah terganggu dan proses detoxifikasi menjadi lambat.Herba yang diberikan hendaklah yang bersifat panas gabungan antara ikan dan herba.Madu juga sangat diperlukan bagi rawatan ini.

kaedah ini dilakukan 15 kali dalam masa 3 minggu. Kaedah ini didapati baik untuk menghilangkan tubuh bioplasmodik yang sangat kotor yang menyebabkan belakunya penyakit seperti kanser,leukemia,penyakit kelamin,radang sendi,kelumpuhan,lepra dan orang yang dalam keadaan stress.Ta bertujuan bagi memperbetulkan medan electromagnet. Rendaman tersebut boleh ditambah dengan pokok hempedu bumi (Andrograpis peniculata).


Fibromielgia

Fibromielgia merupakan gangguan kesihatan yang berpunca dari masalah suhu mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan hormon antara hipotalamus, puitutari dan adrenalin. Tanda-tandanya seperti sakit di tengkuk, pinggang,tekanan jiwa dan sukar tidur. Bagi membetulkan kembali keseimbangan MEM ini seorang pesakit perlu mendapat deep sleeping dengan menggunakan herba alami bukanya penggunaan ubat tidur yang bersifat kimia.
Produk Kapsul mengkudu sangat membantu bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membuka 3 kapsul mengkudu dan dikacau dalam air suam kemudian dimasukkan 3 titis madu lebah dan minum sejam sebelum tidur.Ia akan menyebabkan kelenjar pineal mengeluarkan melatonin yang mencukupi bagi tujuan tidur.Pengeluaran melatonin bemmula pada malam yang awal sebaiknya tidur selepas solat insyak.
Waktu tidur hendaklah awal bermula jam 9 malam bagi mendapat waktu-waktu awal pengeluaran melatonin.

Insomnia.

“Dan kami jadikan tidurmu itu untuk istirahat.Dan kami jadikan malam itu sebagai pakaian”
An Naba’ 9-10.
Tidur yang berkualiti atau deep sleeping dapat menurunkan suhu badan dan juga dapat memulihkan tenaga. Selain daripada itu, ianya merangsang terbentuknya senyawa protein – karbohidrat yang dikenali sebagai interleukin yang dapat membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan juga dapat membunuh sel-sel tumor. Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti?. Terdapat dua jenis herba yang digunakan dalam pengubatan Jawi iaitu dengan kaedah pengimbangan (balancing) asid-alkali (mengkudu – madu) dan juga penggunaan deep cleansing.
Kebiasaannya gangguan tidur adalah disebabkan oleh gangguan medan electromagnet(aura) yang dihasilkan daripada alatan yang mempunyai gelombang seperti tv, radio, handphone dll.
Dalam satu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa Epidemiology,satu pasukan Penyelidik di Institute Perubatan Alam Sekitar ins korolinska di Stockholm Sweden mendapati tumor yang dikenali sebagai akoustik neuroma barah sebelah kepala dimana telephon bimbit sering diletakkan meningkat 4 kali ganda.Akuastik adalah tumor yang tidak bersifat barah belaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalam telinga.
by fidani ahmad

Tidak ada komentar: