Senin, 02 Maret 2009

Khasiat Labu dan kumis kucing


Labu dan kesihatan
Salah satu daripada buah yang disukai oleh Rasullulah S.A.W ialah Labu.Dalam sebuah hadis Shahih Bukhari-Muslim yang diriwayatkan oleh Anas bin malik RA:
“Bahawasanya ada seorang penjahit mengundang Rasullulah SAW untuk (menikmati)menikmati makanan yang telah dibuatnya.”Maka aku pergi bersama Rasullulah S.A.W . Orang itu kemudian menghidangkan kepada beliau roti dari jelai,sayur labu dan dendeng “.Anas berkata “ aku melihat
Rasullullah S.A.W memperhatikan labu itu dengan seksama.Maka sejak hari itu aku selalu menyukai labu”
Dari sebuah hadis yang lain Aishah berkata “Rasullualah SAW pernah bersabda kepadaku,
“Hai Aishah,kalau kami memasak (isi) panci,maka perbanyakanlah labu kerana labu itu meneguhkan hati orang yang bersedih”
Tedapat beberapa jenis labu yang telah dikenalpasti khasiatnya seperti labu botol (Lagenaria siceraria) Labu merah (Cucurbita moschata) dan Labu siam (Sechium edule).Kesemua labu ini daripada keluarga Cucubitaceae.
Ternyata dalam kajian mendapati labu mengandungi vitamin A,B dan C.Vitamin C sering digunakan sebagai vitamin yang meredakan tekanan.Dalam labu kuning mengandungi asid lenoelik,asid oleic,asid palmitik,asid stearik,beta karoten,gliserolfosfat asiltransferas,glukosa,fructose,sucrose,karotenoid,kukurbitasin,kukurbitin,lipoxigenas,vitamin A,B1,B 2,niasin,vitamin c,besi,fosforos,kalsium dan magnesium.
Buah labu boleh digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Pokok Misai kucing

Pokok misai kucing (orthosiphon spicatus) berkhasiat untuk memecahkan batu dalam hempedu.Daunnya mempunyai alkaloid,saponin,flavonoid dan saponin.Ambil 25 gram daun segar direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit,diminum sehari 2 kali/setengah gelas atau
Minum 1 sudu minyak zaitun bersama air dari perahan ½ limau nipis dan dicampurkan 200 cc air panas dan minum setiap malam.

Bebas dari TV

Kita sedia mengetahui salah satu sebab penyakit ialah belakunya gangguan medan electromagnet yang berpusat di otak.Gangguan MEM menyebabkan tidur tidak berkualiti dan menyebabkan aliran darah tidak lancar.Pastikan tempat tidur pesakit bebas daripada gangguan medan electromagnet seperti television,handphone,computer dan alat alat lain yang mempengaruhi MEM.
Kita selalu bertemu keadaan pesakit tidur dihadapan television.Ini mengakibatkan penyakit menjadi lambat sembuh .Pastikan mereka mendapat tidur yang berkualiti.

Virgin coconut Oil
Minyak kelapa asli termasuk didalam kumpulan asid lemak rantai sedang yang mudah diserap oleh usus. Minyak kelapa merupakan antibiotik alami yang kuat kerana ia mengandungi asid laurat yang bertindak kepada kuman, virus dan mikroorganisma.Apa yang menarik minyak ini yang dahulunyanya dikatakan mengandungi kolesterol yang tinggi sebenarnya mampu menghilangkan kolesterol jika diambil 4 sudu makan setiap hari selama 40 hari.Kajian telah dilakukan mendapati minyak ini mampu menghilangkan plak pada dinding arteri yang menyebabkan arterioskelerosis.

Patawali dan Vitex.
Salah satu herba yang digunakan dalam menurunkankan tekanan darah tinggi ialah pokok patawali(Tinospora crispa).Pokok ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai palmatin.Ianya disinergikan dengan beberapa herba lain dan dijual atas produk Vitex.Namun bagitu herba-herba untuk darah tinggi akan lebih berkesan sekiranya disinergikan dengan herba diuretic seperti produk Malac.Tindakan diuretic seperti pokok lalang juga bertindak sebagai antihipertensi.Namun bagitu jika belaku darah tinggi kerana kesukaran tidur agak lebih berkesan menggunakan mengkudu dan malac. Bahan pahit didalam herba adalah untuk meningkatkan penghadaman dan penyerapan.

Daun kari
Daun Kari (Murraya koenigil) dapat digunakan bagi melambatkan pemecahan kanji sekali gus mengawal bekalan glukosa kepada pesakit kencing manis.Ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Penyelidik Britain dijabatan farmasi di King College,London.Kajian ini juga menemui daun ini dapat digunakan untuk pesakit kanser paru-paru.Daun kari mengandungi 710 mg kalsium/100gm juga digunakan untuk perawatan osteoporisis.Namun oleh kerana kandungan oksalik asidnya sebanyak 375 mg/100 gm,kalsium hanya dapat diambil disekitar 585mg/100g.Dalam pengubatan jawi daun kari boleh dijadikan ubat yang mujarab untuk sakit gaut dengan di campurkan 100 gm daun kari dengan 100 gm pokok malu-malu (Mimosa pudica) dan direbus hingga mendidih,diminum 3 kali sehari.Daun kari juga digunakan untuk mengurangkan alahan mengandung dibulan bulan pertama dengan dicampurkan perahan airnya dengan satu sudu teh air limau nipis dan sedikit gula.Daun yang bewarna hijau gelap seperti ubi kayu, papaya (betik), bronkoli dan bayam mengandungi kalsium yang lebih tinggi.

Bersambung....

Semoga dengan perbincangan diatas memberi gambaran yang luas kepada para pengedar HPA untuk menjadi herbalis muslim di abad ini.Wahai Tuhan kami Kurniakanlah pada kami ilmu yang bermanafaat buat kami,keluarga kami dan mereka yang bersama-sama kami.Suburkanlah cahaya makrifatmu dihati kami sehingga kami benar-benar meyakini kesembuhan yang sebenarnya datang daripadamu.
by fidani ahmad

Tidak ada komentar: