Senin, 02 Maret 2009

terapi penyakit lain

Kelebihan vitamin A sintatik.
Dalam satu kajian di Sweden kepada 2300 orang lelaki yang mengambil kelebihan vitamin A setiap hari akan mengalami 2-3 kali ganda patah tulang selepas berumur 30 tahun. Vitamin A alami dikenali sebagai beta keroten lebih selamat daripada vitamin A sintatik.Vitamin A alami didapati dalam tumbuhan seperti karet (wartel), bayam dan mangga.
Kelebihan pengambilan Vitamin A sintetik juga akan menyebabkan sakit kepala, rambut gugur, sengal sendi, tulang cepat reput, kulit sisik dan cepat lelah.

Merokok dan vitamin C

Kekurangan vitamin c menyebabkan herba tidak dapat berfungsi.Vitamin c yang digunakan hendaklah bersifat alami.Stress dan merokok merupakan jalan yang paling cepat hilangnya vitamin c dalam tubuh.Vitamin c akan mengaktifkan kerja neutrofil- sel darah putih yang bertindak sebagai petahanan tubuh melawan jangkitan.Pengambilan vitamin c juga meningkatkan pengeluaran limfosit bertindak keatas bacteria,kulat dan virus.Menghisap rokok akan memusnahkan vitamin c.
Penyerapan vitamin c akan menjadi lebih baik bila diambil bersama iron ataupun bersama flavonoid(rutin,hesperidin).Vitamin c daripada limau/jeruk juga didapati dapat mempertahankan daya ingatan.Pokok meniran mengandungi vitamin c yang tinggi.
Produk seperti Madu,roselle dan mengkudu mempunyai kadar vitamin c yang tinggi.

Kekurangan vitamin B 6

Kekurangan vitamin ini akan menjadikan sesaorang itu berada dalam tekanan hidup.Bagi mengembalikan keceriaan dicadangkan mengambil dua biji Pisang (Musa L)
Pisang kaya dengan kalium iaitu 400 mg/100g, magnesium, banyak vitamin B 6 dan vitamin c. Kalium digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, magnesium untuk osteoporosis. Vitamin B 6 juga digunakan untuk mengelak serangan jantung dan stroke. Pisang juga mengandungi sejenis serat yang dikenali sebagai Short-Chain Fructooligosaccharide (FOS) dan serotonin untuk kesihatan dan merangsangkan otot licin dalam usus.
Rebusan akar pisang digunakan untuk masalah anemia(kurang darah). Abu daripada kulit buah muda baik untuk ulser, kudis dan bisul. Air daun muda yang diperah digunakan untuk cirit-birit, disenteri dan disapu pada buasir.Kulit pisang ambon amat baik untuk sakit tulang dan sendi.
Bagi penderita sakit buah pinggang penggunaan herba yang tinggi dengan kalium dielakan.
“dan pohon pisang yang bersusun-susun(buahnya)” (56:29)

Kekurangan magnesium

Menyebabkan belakunya spasme pada dinding arteri,sakit dijantung seperti serangan sakit jantung tetapi dalam pemeriksaan ECG tidak menemui apa-apa tanda arterioskelorosis.Biasa belaku pada pesakit yang mengambil ubatan antacid dan banyak keringat.Keperluan magnesium sehari 400mg.

Kekurangan kalsium
Keadaan dimana ketumpatan tulang menjadi kurang dan mudah patah. Tulang mengandungi kalsium dan phosphorus yang menjadikan ia kuat dan tahan kelenturannya. Bagi menjaga kesihatan tulang ini tubuh akan mengawalnya ka dar kalsium dan mineral lain disamping mengeluarkan beberapa jenis hormon seperti parathyroid hormone, HGH, calcitonin, endrogen pada wanita dan testeron pada lelaki.
Vitamin D yang mencukupi juga penting untuk penyerapan kalsium. Selepas umur 30 tahun tulang akan mulai merosot.Penelitian mendapati kadar kalsium dalam darah meningkat apabila pengambilan gula. Para penyelidik di Penn State Universiti dan John Hopkin Universiti mendapati kekurangan kalsium dikalangan wanita tidak memberi kesan yang ketara keatas kekuatan tulang namun kekuatan tulang ada hubungan dengan senaman seperti otot digunakan untuk menjadikan ia kuat. Keropos tulang/osteoporosis juga sering terjadi terutama pada ibu-ibu yang telah menopause.
by fidani ahmad

Tidak ada komentar: