Senin, 02 Maret 2009

Khasiat ikan-omega3 dll



Kekurangan omega 3.

Disleksia merupakan ganguan pada anak kecil,remaja dan dewasa dimana mereka mengalami ganguan belajar.Ada anak anak yang membacanya dengan lambat,membaca tetapi tidak memahami ataupun membaca dengan ejaan yang salah.
Penyebabnya ialah gangguan pada beberapa tempat diotak,premature,berat badan lahir rendah,radang otak,enemia ,jangkitan telingan tengah yang berulang,keracunan kehamilan dll.
Anak-anak disleksia menunjukan sedikit sikap menentang jadi jika ibu bapa atau guru tidak memahami mereka akan dikatakan sebagai anak nakal.Akhirnya mereka terpinggir dan mungkin dibuang sekolah.
Disamping kaedah doa,psikologi penggunaan herba jangan dilupakan.Dalam kajian yang banyak dilakukan diindia mendapati penggunaan pegaga dapat membantu anak-anak ini.Berikan anak anak teh herba instant pegaga dan juga omega 3 kapsul.Insyalah banyak kes yang telah terbukti.
Banyak penelitian yang dilakukan di India mendapati pegaga memang baik untuk anak anak ADD(Attention Defisit Disorder).


Kekurangan Zink.

Zink dan Tongkat Ali digunakan untuk kesuburan.Kekurangan mineral zink akan menunjukkan tanda putih pada kuku .Kekurangannya disebabkan daripada pengambilan kalsium sintatik yang tinggi dan juga pengambilan makanan tertentu juga menyekat penyerapan zink.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bacteria dalam vargina.Zink dapat diperolehi daripada sumber laut seperti ikan,kerang,ketam,dan terdapat dalam produk omega 3 .
Bagi kaum lelaki zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormone testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.Bagi wanita zink diperlukan sebanyak 12 mg sehari dan lelaki pula 15 mg sehari.Kurangi pengambilan kalsium,asam fitrat,dan mineral copper tinggi.Pakaian ketat menurunkan kesuburan dua kali.Penggunaan zink sintatik akan meningkatkan kes kelenjar prostate.

Kekurangan iodine

Tanda- tanda Hypertairoid adalah seperti berikut:-
1. Gelisah 5. Gugup
2. Mudah tersinggung 6. Cepat letih
3. Menurunkan berat badan 7. Tidak tahan dengan cuaca panas
4. Keringat berlebihan 8. Terburu-buru.

Dalam pengubatan Jawi, kita menggunakan herba senggugut kapsul atau periuk yang disinergikan dengan Omega, Spirulina dan Tuju Angin. Bagi kapsul senggugut adalah lebih baik dibukakan dahulu kapsulnya dan dos yang digunakan ialah 3 kapsul / 3 kali / sehari. Masukkan air panas, minum airnya sahaja dan tinggalkan hampasnya. Insyaalah sembuh.

Rawan ikan Yu/Hiu

Ikan Yu termasuk dalam cartilage fish .Tulangnya terbina daripada rawan yang telah digunakan untuk tujuan anti kanser.Namun bagitu ia amat baik untuk arthritis.Terjadinya arthritis disebabkan belakunya penurunan pengeluaran glucosamin dalam tubuh seiring dengan usia seaorang.Tulang ikan yu ini berfungsi sebagai bahan pembentuk glycosaminoglycan yang merangsangkan pembentukan proteoglycan dan kalogen dan menjaga keseimbangan metabolisma jaringan tulang rawan.

Omega untuk air susu ibu

Ibu yang menyusui bayi sebaiknya mengambil makanan yang banyak mengandung asid lemak esensial seperti ikan,biji-bijian dan minyak zaitun.Ikan yang mengandungi omega 3 diberikan pada tahun yang pertama kelahiran dimana asid lemak esensial memberikan 60 % kalori untuk pertumbuhan otak.Selain daripada ikan ,bagi meningkatkan pengeluaran air susu boleh juga digunakan biji-bijian seperti jintan hitam dan minyak zaiton.Minyak zaiton mengandungi 70% Omega 9 dibandingkan dengan minyak kelapa sawit yang hanya mengandungi 40% sahaja.
Daun cekor manis/asin-asin/katup (Sauropus androgynus)juga meningkatkan pengeluaran air susu.Kaedahnya,ambil 300gm daun segar direbus dengan 1 ½ gelas air selama 15 minit setelah dingin disaring dan diminum sekaligus.Daun betik juga dapat membanyakkan pengeluaran air susu ibu.
by fidani ahmad

Tidak ada komentar: