Senin, 02 Maret 2009

Bagaimana Jika Oksigen dlm tubuh kurang??

2. Oksigen yang tidak mencukupi

Seorang lelaki melakukan penafasan normal seminit 14 – 16 kali dan wanita pula 18 -20 kali seminit. Kemampuan pengambilan udara bergantung kepada kapasitias paru-paru.Dalam paru-paru terdapat beribu ribu pembuluh halus yang menghantar udara ke jutaan poket udara yang berada di ujung pembuluh halus tersebut. Poket udara itu dikenali sebagai alveolus. Apabila poket udara tidak mendapat udara yang mencukupi maka akan menyebabkan berlakunya batuk, sakit jantung, paru-paru, lemah jiwa dan penyakit kanser.

Riadah penafasan
Dalam sport sains menyatakan bahawa riadah yang paling baik ialah berenang.Rasulullah juga menganjurkan ibubapa supaya mengajar anak-anak berenang.Berenang akan membesarkan dan memperbanyakan masukan udara ke paru- paru.Penafasan yang pendek dan sedikit harus diubah menjadi panjang dan banyak.Riadah penafasan akan membekalkan oksigen yang mencukupi.Oksigen juga dapat diperolehi daripada air heksagonal (Pai water).

Berbekam.
Oksigen yang kurang juga menyebabkan belakunya kecacatan pada sel-sel darah merah dan kita namakan sebagai “darah kotor”. ”Darah kotor” akan terpendam dibawah kulit (scurf rim) menyebabkan system imuniti merosot. Bagi mengeluarkan darah kotor ini kaedah yang paling baik ialah hijamah/bekam. Titik-titik bekam perlu diteliti dengan cermat agar kesembuhan boleh berlaku.

Riadah berjalan cepat.
Berjalan kaki dengan cepat juga riadah yang dapat membawa sejumlah banyak oksigen dalam tubuh. Setkan masa dan tempoh yang akan diambil. Lakukan perubahan masa dengan mempercepatkanya. Selain daripada itu juga tulang-tulang akan menjadi kuat persis seperti otot akan menjadi kuat apabila digunakanya sentiasa. Pergantungan kepada pengambilan kalsium sahaja untuk memperbaiki tulang tidak memberi banyak perubahan tanpa riadah

by fidani ahmad

Tidak ada komentar: