Senin, 02 Maret 2009

Masalah Imbalance Hormone


Peracikan herba yang digunakan untuk osteoporosis
Herba:
Sombiloto 5gm
Temulawak 5gm
Gandarusa 5gm Patawali 5gm
Pegaga 5gm Halia merah 5gm.

Direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 ½ gelas.
Diminum 3 kali sehari iaitu ½ gelas setiap kali pengambilan.

Tungkat Ali dan Radix.

Bagi kaum lelaki pula untuk tujuan kesuburan perlu meningkatkan pengambilan herba Tongkat Ali dan madu kerana pokok tongkat ali meningkatkan jumlah sperma dan juga menunjukkan gerakan sperma yang lebih cepat. Saponin didalam tumbuh-tumbuhan didapati dapat menurunkan kadar kolesterol, genistein & daidzan dapat mengelakkan daripada berlakunya kanser.Saponin seakan-akan steroid, ia juga baik untuk dijadikan sebagai tonik lelaki dan wanita.

Kopi radix
Mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai polifinol. Bahan ini dapat mencegah daripada berlakunya kanser usus dan menurunkan asid hempedu. Dimana asid hempedu yang rendah akan juga merendahkan zat-zat karsinogenik (penyebab kanser) dan mencegah pembentukan batu ginjal. Menurut Joanne E Manson MD. daripada Harvard Medical School menyatakan pengambilan kopi 3 hingga 4 cawan kecil sehari dapat membantu penderita pesakit kencing manis (type 2). Ini kerana kopi mengandungi magnesium. Beliau membuat kajian kopi juga dapat mengurangkan risiko penyakit Arthritis dan Parkinson.

Kesan kopi kepada slipdisk

Banyak penyakit yang ada hubungan dengan masalah ditulang belakang.Kita dapat menentukan dengan melihat keadaan Jari kelingking.Jika jari itu bengkok ada kemungkinan telah belaku kecederaan,patah ataupun tulang belakang yang bermasalah.Anda perlu mempelajari ilmu kiropraksi bagi membetulkan tulang belakang.Kopi radix boleh dijadikan terapi bagi membantu selepas dibetulkan tulang belakang tersebut.Kopi radix mengandungi mineral yang tinggi termasuk kalsium yang baik untuk tulang.

Ikan tenggiri biru
Ikan tenggiri biru mempunyai kadar protein yang tinggi yang terdiri daripada asid amino asensiel untuk perkembangan otot dan ligament serta kekebalan tubuh.Ia juga kaya dengan vitamin A,B dan D serta mineral seperti kalsium,fosforus dan zat besi.Ikan ini juga mengandungi iodine/yodium yang tinggi dapat mengelakan belakunya tairod.Dapat membantu menurunkan kolesterol dan mencegah belakunya penyakit jantung.Kandungan omega 3 akan menjadikan darah merah tidak melekat antara satu sama lain.
Sangat baik untuk ibu yang hamil dan bercadang untuk hamil kerana ia membantu perkembangan otak,mengobati rematik,diabetes,asma dan mencegah kanser prostate.
(Lelaki yang tinggi lebih berisiko terkenanya kanser prostat.)Perlu diingatkan bahawa ikan tenggiri biru bukan hanya bermanafaat minyaknya sahaja tetapi kesemua bahagianya seperti daging,tulang dan lain-lainnya.Anda dapat memilih dalam dua bentuk samada softgel dan bentuk kapsul.

Beras perang
Gantikan beras biasa yang berwarna putih dengan beras perang.Sejak dari dahulu beras telah ditumbuk secara tradisional.Penanaman organic juga benar-benar membekalkan zat nutrient yang telah hilang dari bumi.Beras perang mengandungi vitamin B semula jadi yang sangat diperlukan
oleh tubuh .

Garam
Garam yang digunakan bebas daripada keracunan dan mengandungi kandungan sodium yang rendah.Boleh digunakan membantu pesakit kencing manis.

Minyak

Minyak masak juga penting bagi mengelakan penyakit yang disebabkan angin.Minyak tersebut mestilah tidak menghadapi masalah (asap) smoky pada suhu 485 0F.Minyak yang telah digunakan berulang menyebabkan belakunya karsinogen.

Ikan Bakar

Dalam satu kajian mendapati ikan atau daging yang telah di bakar sampai menjadi arang(karbon) boleh menjadi bahan yang menggalakan pertumbuhan kanser.Bagitu juga belacan(terasi) sangat elergi dengan orang yang mempunyai sebarang ketumbuhan terutama belacan yang berwarna merah(pewarna).Ayam pedaging yang diternak dan di besarkan dengan bantuan hormone juga mengakibatkan belakunya ketidakstabilan hormone pada wanita.Anak-anak yang suka memakan ayam goreng sering belaku pusingan haid yang tidak normal
by fidani ahmad

Tidak ada komentar: