Senin, 02 Maret 2009

Sumber penyakit dari Angin

3 SEBAB BERLAKUNYA MASALAH ANGIN

1. Masalah Jiwa.

2. Oksigen yang tidak mencukupi

3. Imbalance asid-alkali


1. Masalah jiwa

Masalah jiwa seperti kegelisahan, kekhuatiran, pemarah serta ketakutan akan menyebabkan lemahnya system imuniti tubuh. Kementerian Kesihatan Malaysia mengganggarkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia antara umur lima hingga 15 tahun menghadapi masalah psikiatri.Kajian pada tahun 1996 pula menunjukan pesakit mental dari kalangan orang dewasa adalah 10.7 peratus. Jumlah pesakit juga tinggi bagi yang berusia lebih 50 tahun terutama ibu tunggal ( Single Parent) .Masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan dengan kesukaran tidur, tekanan perasaan/stress, Kurang konsentrasi dan hubungan interaksi dengan rekan-rekan juga terbengkalai

Dalam keadaan dukacita hormon adrenalin dibebas banyak didalam darah menyebabkan tenaga dalam “Vital force”(Imunitas) menurun dan tubuh tidak kuat menahan serangan kuman yang membawa penyakit. Peningkatan hormon kortisol dalam darah mereka yang sentiasa tidak ceria menyebabkan luka lambat disembuhkan.
Dalam satu kajian di Universiti Tennessee mendapati tekanan darah orang yang pemaaf lebih rendah daripada mereka yang cenderung menyimpan dendam. Syaraf penciuman orang yang mempunyai tekanan (depresi) lebih rendah daripada syaraf ciuman orang biasa. Biasanya tekanan yang berpanjangan menyebabkan berlakunya sakit kulit/ exzim-gatal gatal

Dosa dan tekanan (stress)
Manusia telah dikurniakan dhomir/hati kecil yang dapat merasa bersalah apabila melakukan sesuatu dosa. Perasaan ini akan menyebabkan belakunya tidakselarasan antara puitutari gland (kelenjar induk) dan kelenjar adrenal yang melahirkan perasaan-perasaan dalaman yang tersembunyi.

Tekanan dan rasa bersalah juga merupakan penyebab belakunya masalah angin.Ia mengubah keseimbangan asid-alkali dalam tubuh dan menjadikan beberapa gejala yang akan terjadi pada masa tua. Pendekatan Jawi telah meletakkan 90% pengaruh penyembuhan bergantung kepada faktor kejiwaan (Spiritual, mental, emosi).Pengubatan dengan melalui jalan ruhiah(ugama) merupakan jalan pintas untuk kesembuhan.
Penawar Al Quran
Tenaga dalaman” dapat dibangkitkan daripada Al quran melalui pembacaan,penghayatan dan perasaan kasih pada Tuhannya.Bagi penganut agama lain mereka teraba-raba mencari tenaga dalam yang bersumberkan ilham batiniah yang datang dari spirit-spirit yang ditolak oleh Islam.Mukjizat Al Quran terus dihilangkan dan yang lebih malang mereka mengambil energi dari bukit,alam cakrawala,pyramid dan lain-lain lagi.Bukankah ajaran itu sama sekali asing daripada ad deen yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Inilah masa kita semua kembali kepada Al quran dan sunnah .Jauhi syirik kerana syirik merupakan dosa yang tak berampun.Herbalis jangan mudah tertipu dengan kebolehan sesaorang melakukan pengobatan dan berpeganglah dengan kebenaran kerana pertolongan Allah pada orang soleh itu tersembunyi dan jauh daripada untuk dipertontonkan.Kita meyakini kelebihan yang bisa dipertontonkan lebih hampir kepada tipudaya syaitan atau dipanggil “ghurur”..

by fidani ahmad

Tidak ada komentar: